Wednesday, November 28, 2012

Bersama Kita Muhasabah Diri



Bila tibanya tahun baru, tidak kira tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita. Namun kebanyakan kita selalu terlupa untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas. Diulanginya setiap perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan itu.


Muhasabah diri amat perlu untuk kita melihat semula setiap perbuatan kita kemana arah tujunya... Selalu kita menyalahkan orang lain atau keadaan sekeliling bila sesuatu musibah berlaku pada kita.. Pada dasarnya semua itu berpunca dari diri kita sendiri.. Oleh itu kita perlu perbaiki diri kita dahulu sebelum menuding jari pada yang lain...


Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan. Dengan bermuhasabah juga, Kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,

" Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman. Adz Dzariyaat ayat 55. "



Kelebihan bermuhasabah
  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.


[ Menulis kerana itu cara saya memberitahu , Menulis kerana itu cara saya memahami erti , Menulis kerana ia dan diri sudah sebati malah menulis kerana itu cara saya menentang mati , agar pada satu hari nanti saya tidak mati oleh sebuah kematian. Tulisan tinggal sebagai rakaman . Rakaman tentang kehidupan . Kehidupan yang menjadi cermin untuk setiap pembaca mencari diri ]


Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tuju dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan . Marilah sama-sama kita memperbaiki diri dengan bermuhasabah . Tidak rugi memperbaiki diri untuk dekat kepada Allah . supaya kita dapat mengetahui apa sebenarnya tanggungjawab seorang hamba kepada Penciptanya Allah ... Hati akan sentiasa tenang ... Semoga kita memperoleh ketenangan dan keberkatan hidup dunia akhirat . Insyaallah

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    Menyediakan Deposit Via Pulsa TELKOMSEL / XL
    Dompet Digital Via OVO, DANA, LINK AJA DAN GOPAY
    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    WA : +855 88 868 8229
    Online 24Jam Bosku
    www.dewa-lotto.site
    www.dewa-lotto.club

    ReplyDelete