Sunday, October 12, 2008

Makan-makan kat Murni SS2


 Siapa pernah makan kat restoran Murni ss2 ni ? haaaa jangan tak tau ye ... Restoran ni memang menyajikan makanan yang sedap-sedap dan terangkat la ! Kenapa saya kata terangkat ? sebab nyee Nasi Goreng Chicken Chop dia buat saya mengidam je selalu . hahahahaha Restoran ni memang ramai gile orang .... Bukan sekadar ramai je ok , da gile dah tu hahahaha ....






Restoran ni terletak dekat SS2 ... Siapa yang tak pernah pegi sini , saya sangat recommend korang datang sini . Tutup pada setiap hari isnin tau . Dibuka siang sampai malam tetapi nasi goreng chicken chop hanya akan ada pada waktu senja sampai la lewat malam . Most of the menu yang sedap- sedap dorang akan sediakan pada waktu malam je .






Jangan terkejut bila sampai sini , sebab susah nak dapat tempat duduk . Sangat packed ! kalau nak duduk , korang kene tunggu la orang lain habis makan . Yang tak syok nye kadang-kadang , kita tak leh nak lepak bersembang . Sebab orang lain dah duk terpacak kat sebelah kita .. huhu Tapi kalau korang datang dalam pukul 2-3pagi , rasa nye dah kurang sikit orang ...






Menu kat sini sangat la banyak dan Special . Sampai kan saya pun tak tau nak makan ape setiap kali datang kat restoran ni . Setiap kali datang , saya memang akan order nasi goreng chicken chop je . Bende alah ni pun da cukup mengenyangkan perut saya and even nasi goreng ni sangat marvelous . hehe Harga makanan kat situ , kebanyakkan dalam rm10 . Nasi goreng chicken shop pun rm10 jugak . Menu lain yang korang boleh cuba ialah Spaghetti Seafood Marinara ... Yang ni pun best ! saiz dia agak besar , boleh makan dua orang .. Harga dalam rm10 je ... Tapi rasa dia memang puas hati . sedap !






Untuk minuman plak , saya sangat suka minum HONEYDEW SPECIAL . kalau korang tak suka air ni , boleh la order air lain .. Mango special ke , watermelon ke atau lain-lain . Harga dalam rm5 ..  Kalau nak di ikutkan , nama menu dia pelik-pelik . Lagi pun , kedai ni tak ada menu yang bergambar ... So susah la saya nak buat pilihan . Takut order kang tak sedap pulak ..





Ape pun kalau korang tak tau direction dia , boleh pakai GPS . Siapa yang ada Hp canggih-canggih tu boleh download yer . Senang cari jalan hehe . Tak pun siapa yang duduk area damansara , boleh ikut LDP ... kalau dari damansara uptown , boleh cari Tropicana City Mall (mesti belah kiri kita) . Jalan straight je nanti belah kiri nampak Balai Bomba . But jangan masuk junction tu . Straight lagi , then nampak ada petrol station then Belok kiri ... Pastu korang boleh cari kat shop lot depan-depan tu . Restoran dia sangat mudah nak cari sebab menghadap jalan raya . Bukan menghadap kedai-kedai lain ... Ape lagi , jom la serbu hehehee ~


Address: 53 Jalan SS 2/75, 47300 Petaling Jaya, Taman Sea

Friday, September 19, 2008

1901 Favorite ku ~



Gile tak ? hehehe Saya boleh makan 1901 ni sepanjang hari . Breakfast + Lunch + Dinner + Supper ..
Selalu nye tarikh 19hb ni akan ada promotion rm1.99 sahaja untuk setiap satu Hotdog . Time ni la saya akan jadi gile , pagi-pagi duk beratur panjang semata-mata untuk bende alah ni . Bukan sikit tau yang beratur ni , panjang gilerrr ~~





Outlet untuk 1901 ni kecik je selalu nye tempat dia . boleh makan kat situ tapi sempit sikit . Some place ada bukak kiosk untuk 1901 ni macam kat centrepoint bandar utama ni . Selalu pegi kat sini sebab membe kerja part time kat sini . So bley la makan sambil lepak-lepak ....






Normal price untuk 1901 ni rm5.80 exclude drinks . Kalau ada promo murah je . tu yang borong banyak-banyak hehee ...Yang menjadi favorite saya ialah New York Chicken ... Picture kat bawah ni .
Almaklum lah , saya kurang makan daging/beef ... Nyum nyum , so delicious ~ ahaks !




Menu List 1901
  • New York Chicken
  • Texas Ted
  • Chicago Beef
  • Coney Dog
  • Deutsche Doodle Dang
  • Minnesota Bites
  • Mighty Mubarak Wrap

Saturday, July 12, 2008

Kelahiran Oktober !

    OKTOBER
    • Suka berbual.
    • Suka orang yang sayang padanya.
    • Suka ambil jln tengah.
    • Sangat menawan & sopan santun.
    • Kecantikan luar & dalam.
    • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
    • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
    • Sentiasa berkawan.
    • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
    • Cepat marah.
    • Macam pentingkan diri sendiri.
    • Tidak menolong orang kecuali diminta.
    • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
    • Tidak suka terima pandangan orang lain.
    • Emosi yang mudah terusik.
    • Suka berangan & pandai bercakap.
    • Emosi yang kelam kabut.
    • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
    • Suka melancong, bidang sastera & seni.
    • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
    • Romantik dalam percintaan.
    • Mudah terusik hati & cemburu.
    • Ambil berat tentang orang lain.
    • Suka kegiatan luar.
    • orang yang adil.
    • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
    • Mudah patah semangat

Thursday, June 26, 2008

Bunting Pelamin

Mesti kita nak tau kan ape maksud bunting pelamin ? mana tak nye , banyak artis-artis yang bunting pelamin sekarang ni kan .. ? Kita yang tak tau ni mesti duk fikir yang bukan-bukan , betul tak ? Isk tak baik korang ni ... Artikel kat bawah ni saya jumpa masa tengah search pasal bunting pelamin , sebab akak ni sendiri mengalaminye . So lebih mudah untuk kita paham apa itu bunting pelamin .. Bagi sesiapa yang mengalami bunting pelamin ni , tahniah la yer . Mesti seronok kan terus dapat baby ? hehee ... Pada yang belum ada tentu , teruskan usaha ya . Insyaallah ada :)


U all tahu tak apa maksud bunting pelamin?.. Secara peribadi, ketika sebelum kahwin dulu, memang saya tak tahu + tak paham apa yang dimaksudkan bunting pelamin.. Sehinggalah saya sendiri melaluinya... Bunting pelamin ni dikira bila kita kahwin & "bersama" terus je lekat.. tanpa melalui lagi sekali proses datang haid...

Meh saya nak story dekat u all kisah saya sendiri.. supaya adik2 yang tak paham macam saya sebelum ni, akan jadi lebih paham... (",) U all nak tahu tak, hampir 2 minggu saya kahwin, tiba2 saya dah start rasa pening2 + loya2.. tapi time tu saya tak rasa yang saya pregnant, yela, baru kahwin.. Sehinggalah 10 hari lepas kejadian tu, baru saya pergi jumpa doktor... sekali doctor wish TAHNIAH.. kiranya, 3 minggu kahwin, saya dah disahkan pregnant... TAPI dari pengiraan doktor, kandungan saya dah 5 minggu..

Haaa??? Terkejutlah saya time tu... yela, kahwin baru 3 minggu, mana datangnya lagi 2 minggu tu..??? Lepas tu doctor explain... tarikh pengiraan usia kandungan bermula pada tarikh first day kita period... tak kisahlah time u all period tu, u all dah kahwin ke belum tapi tetap dikira pada tarikh tu..

Wednesday, May 21, 2008

Tanamkan sifat syukur dan tenang

Seronoknya apabila hidup kita dalam keadaan tenang dan bersyukur . Sesungguhnya perasaan itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata . Ketenangan yang kita miliki sangat indah . Oleh itu , kita sebagai manusia haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada . Kerana apa yang kita ada , belum tentu orang lain ada . Kadang-kadang kita rasa banyak benda tak cukup , kalau dapat sesuatu mesti nak lebih dari itu , nak yang lebih baik dan lebih sempurna . Jadi hidup dan berada lah pada hari ini dan sekarang . Serta merancang dengan apa yang ditangan , bukan yang kita angan-angankan . Namun , yang paling penting adalah merancang dan susun jadual kehidupan kita dengan lebih teratur agar hidup sentiasa tenang dan bermakna ..


Perasaan tidak puas dengan yang telah ada di genggaman memang sudah menjadi lumrah manusia. Namun, pujuklah hati. Belajarlah untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dan sedang kita miliki. Bukankah Allah sudah berjanji, jika kita bersyukur kepada-Nya atas nikmat yang dikurniakan, Dia pasti menambah lagi pelbagai nikmat untuk kita?


Kita sentiasa berasa tidak puas hati dan jarang mensyukuri dengan apa-apa yang kita ada. Belum berkahwin, risau dikata tidak laku. Sudah berkahwin, berkeluh-kesah pula kerana belum menimang cahaya mata. Sudah dapat seorang, kita mahu menambah lagi seorang. Sudah dapat ramai anak, timbul rasa serabut pula dengan karenah anak-anak. Alahai, bilakah agaknya hati kita akan tenang?

Jadi, tepuk dada tanya hati. Mampukah kita memujuk hati agar kembali menghargai apa yang ditakdirkan untuk kita? Mampukah kita berhenti berdukacita terhadap sesuatu yang kita tidak ada? Jika terasa sedih sebab kita tidak mampu membeli kasut baru, insaflah kerana di luar sana, masih ramai manusia yang hatta tidak berkaki langsung.

Jika kita bersedih sebab dilahirkan sebagai anak yatim, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita telah terselamat dari dosa menjadi anak derhaka. Jika ketika ini kita belum punya suami, bersyukurlah juga kerana setidak-tidaknya kita tidak akan masuk neraka seperti kebanyakan wanita lain hanya kerana mereka telah menjadi isteri yang tidak tahu bersyukur terhadap suaminya.

Motivasi untuk diri sendiri dan kita bersama ..:)

#ayat ada copypasta kerana saya sangat tersentuh dengan ayat tersebut . Sama-sama lah kita mensyukuri nikmat yang Allah beri .

Monday, January 28, 2008

Petua Kecantikan

Mesti ramai yang teruja bila ada post-post tentang petua-petua / tips-tips pasal kecantikan ni kan ? Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan . Semua wanita nak cantik apatah lagi memiliki kulit yang putih , gebu dan cantik ala-ala artis gitu ~



Nak cantik itu senang tetapi untuk mengekalkan tu bukan senang . Kita mesti rajin dan konsisten , baru la hasil nye memuaskan . Namun bukan semua diantara kita yang mampu untuk sentiasa maintain ape yang kita buat kan ? begitu juga dengan saya , kadang-kadang tu datang la season malas nye . Ntah kemana-mana ntah semangat nak cantik tu . hihihii .



Ok lah , tanpa membuang masa . Saya nak kongsi petua untuk menghaluskan dan menggebukan kulit kita . Petua ni saya dapat dari ibu saya sendiri . Biasa nye orang yang pakai petua ni ialah bakal-bakal pengantin . Sebab nanti bila naik pelamin , kulit cantik sangat . Berseri-seri la pokok nya pengantin tuh ~! hehe Tapi yang bukan pengantin pun boleh je cuba cara ni . Tak jadi masalah okay ?



Bahan-bahan yang diperlukan cuma beras dan kunyit hidup . Jangan pakai kunyit Baba's pulak yer . Kang lain macam jadi nye . Hahahaha ... Ok , Mula-mula korang ambil beras dan rendam kan dia . Selepas itu , tumbuk dengan kunyit hidup tu . Tumbuk bagi halus tau ? Then korang apply kat muka tuh sambil gosok dengan sangat lembut . Jangan tonyoh-tonyoh dengan kasar yer . Tak baik untuk kulit , nanti kulit kita luka . Boleh gosok kat muka dan badan jugak . Gosok selama 5-10minit pastu boleh basuh dengan air bersih . Selepas tu , korang boleh tengok perubahan muka korang . Nampak lebih cerah dan bersih . Jadi jangan lupa untuk amalkan selalu untuk dapatkan kulit yang lebih gebu :)



SELAMAT MENCUBA ~