Wednesday, April 24, 2013

Menarik di Sabah

Pulau Mabul dan Pulau sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang terdiri daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dikekalkan sehingga kini.





Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.














Rumah Terbalik Tamparuli

Rumah Terbalik atau The Upside Down House ini terletak di Kampung Telibong, Jalan Tuaran iaitu berhampiran dengan stesen minyak Shell. Ianya merupakan salah satu tarikan baru pusat pelancongan di Sabah. Tempat menarik di Sabah 2012 terbaru ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Februari 2012.





Kolam Air Panas Poring  

Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.




Kolam air panas terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.




Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.Air terjunnya yang unik dan cantik juga telah menarik minat ramai pegunjung yang berkunjung di sini.






Ladang Lembu Desa Cattle Kundasang

Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia











Pasar Filipina



Terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila anda melawat Sabah. Ianya terletak di sepanjang jalan yang sama dengan Kota Kinabalu Waterfront dan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit berjalan kaki dari pusat bandaraya.






Pasar Filipina dahulunya merupakan pusat transit bagi pelarian dari Filipina. Semenjak dari itu, ramai orang Filipina yang berniaga di sini sehingga ke hari ini. Memandangkan kebanyakan peniaga di Pasar Kraftangan ini merupakan orang Filipina, maka dari situlah gelaran Pasar Filipina diperolehi.





Bagi penggemar mutiara air tawar ataupun air masin, pasar ini adalah tempat yang tepat untuk anda mendapatkannya samada dalam bentuk rantai, cincin, gelang, subang, kerongsang, butang baju melayu dan boleh juga dibeli dalam bentuk aslinya. Barangan mutiara tersebut boleh didapati hampir di setiap gerai dalam pasar ini.




Pekan Nabalu


Pada yang tak tahu, pekan Nabalu ni adalah pekan kecil yang terletak di antara Kota Kinabalu dan Kundasang. Pekan Nabalu dikenali sebagai pekan kecil yang menjadi persinggahan para pelancong sebelum menuju ke Kundasang.














Antara pulau-pulau menarik yang berdekatan dengan Bandar Kota Kinabalu ialah Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Oleh kerana setiap pulau ini berdekatan antara satu dengan yang lain, maka, ianya telah disatukan di bawah satu nama iaitu Taman Negara Tunku Abdul Rahman.


Masa 15-30 minit akan diperlukan untuk sampai ke pulau-pulau ini menggunakan bot laju dari Terminal Jesselton, Bandar Kota Kinabalu. Bot laju beroperasi dari 7.30am hingga 5pm. Berikut ialah kadar kos pengangkutan bagi bot laju.







Pulau Manukan 

Pulau Manukan merupakan pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman selepas Pulau Gaya. Ia menyediakan kemudahan seperti kolam renang, gelanggang tenis, restoran dan chalet. Pulau ini menawarkan satu pemandangan batu karang yang indah dan sangat popular di kalangan rakyat tempatan dan pelancong yang begitu menggemari aktiviti menyelam.












Pulau Sapi 

Pulau Sapi juga terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu Sabah hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk pergi ke sana dari jeti Jeselton Point.Pulau ini terletak tidak jauh dari Pulau Manukan mempunyai tarikan yang lebih kurang sama seperti Pulau Manukan.










Pulau Mamutik

Pulau Mamutik berhampiran dengan resort dan merupakan pulau terkecil di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Pulau Mamutik ialah pulau terdekat dengan Bandar Kota Kinabalu. Pulau ini dimiliki oleh sebuah keluarga kaya yang telah membina rumah di atas pulau ini. Pulau Mamutik mempunyai pemandangan yang cantik dan pokok-pokok yang malar hijau di sepanjang pantai dengan pasir yang memutih. Pulau Mamutik adalah tempat yang sangat sesuai untuk menenangkan fikiran selepas penat bekerja sepanjang minggu.











2 comments:

  1. ni mmg hampir sume tmpt yg dekat ngn kk ko pegi..hehe..tp kn, rumah tamparulli tu mcm x puas hati la..die x bg ambik gmba n dlmnye terlampau simple

    ReplyDelete
  2. kalau pegi sabah mesti cover semua tempat . baru best ... lgpn sabah byk tempat2 yg best kan ? pasni nak pegi cuba diving plak kat sabah ni ... tapi kene kumpul duit byk2 ler ... hahahaha

    ReplyDelete