Saturday, November 2, 2013

Langkawi 2 hari 1 malam

Assalamualaikum semua .

Lama benor kita tak berjumpa yer . Almakyumm la , busy dengan kerja , training , holiday ~ tak cukup rehat ite rasa . Hehe Kali ni saya just nak buat entry yang pendek je sebab rasa agak malas nak blogging . Entry untuk kali ni adalah tentang percutian saya yang baru je berakhir minggu lepas . Kemain lagi saya ni kan ? manjang holiday je . Dah macam habit pulak rasanye HahaHaha


Langkawi ...... Hurmm kenapa saya suka sangat pergi langkawi ? Jawapan nye saya pun tak tahu ! Hahaha ... Masuk kali ni , dah 3kali saya ke langkawi . Bezanye percutian kali ini saya holiday with my lovely family . Yela sebelum ni asyik pergi jalan-jalan dengan kawan je . Ape salahnya kali ni dengan family pulak , ye dak ?




Untuk percutian kali ini , we just spent our time 2days 1nite je . Memandangkan keesokan harinya , saya kena attend training selama 3hari (Wajib) . Jadi kami dengan seboleh-boleh nye menghabiskan masa di Pulau Langkawi ni .



Aktiviti yang menjadi pilihan hati adalah Island Hopping . Ape itu island hopping , jum baca kat bawah . Kot-kot ada yang kurang tahu kan ?

The Langkawi Island Hopping Tour takes you on a journey to explore Langkawi’s most illustrious islets. First you’ll be taken to visit verdant ‘Pulau Singa Besar’ – Big Lion Island; the boat stops just shy of the shores and you’ll get the chance to watch the king of the skies – eagles – as they soar overhead. Observe as they dive to catch their prey, chicken bits that the boat driver has thrown into the water, with deadly precision – it’s a great photo and video opportunity.
Next head on over to Pulau Dayang Bunting – the silhouette of the pregnant maiden from a distance is truly awe-inspiring; meanwhile the Lake of the Pregnant Maiden – overflowing with supposed ‘magical’ waters is another breathtaking sight. Relax on the adjoining buoys on the shores, dip your feet into the waters or splash and swim around in the enclosed sections. The day ends with a visit to ‘Beras Basah Island’ – or Wet Rice Island – another pristine Langkawi beach with clear waters and far-reaching views of the sea where you can relax and soak up the sun and sea after a day spent trekking up to the Pregnant Maiden Lake and feeding the eagles.

Secara ringkasnya , Island hopping tour ni adalah 4hour trip to Pulau Beras Basah - Eagle feeding - Tasik Dayang Bunting . Untuk dapatkan pakej ni senang je , cuma murah dan mahal je yang membezakan . Paling murah untuk pakej ni Rm25 untuk dewasa , Rm15 untuk kanak-kanak . Kalau yang tak tahu tu , normal lah kan dorang charge mahal . Kalau nak senang , korang boleh je call nombor ni untuk booking (Kak siti - 0194053791)  

Tak pun , just klik kat SINI untuk dapatkan pakej-pakej lain yang menarik seperti Snorkeling at Payar Island , car rental dan lain -lain . Pandai-pandai lah korang nego dengan beliau ye . Tapi ape pun , untuk pakej snorkeling beliau ni agak murah berbanding tempat lain . Cuma island hopping mahal sikit . Kalau nak murah , amik je dari kak siti tu ok ?




Ni boat yang korang akan naik untuk Island Hopping trip tu . Biasa nya dorang akan pick up kita dari hotel . Just bagitahu dorang hotel mana yang korang stay .



Untuk Hotel pulak , saya still stay kat sweet inn motel pantai cenang . Tapi kali ni saya rasa agak kurang seronok sebab bilik yang saya dapat tu agak kureng sikit . Ape pun motel ni still murah , include breakfast dan homiee . Sesape yang nak jimat tu , mungkin boleh stay je kat motel ni . because i'm sure korang takkan duduk dalam hotel kan ? dah nama pun hotel , korang pun akan balik untuk tidur je . Selebihnya , sibuk dengan aktiviti harian kat luar . Korang boleh cuba jugak AB MOTEL , sebab harga pun almost the same . Tapi jangan tanya saya best ke tak sebab saya pun tak pernah stay kat situ . Cuma AB motel ni ada bilik yang dekat dengan pantai . Price range dalam rm120 ke atas .


                                                             Sweet Inn Motel







                                                                AB MOTEL


                        Yang ni AB motel berhampiran pantai , so price dia mahal sikit dari tepi jalan punye motel .


Memandangkan masa terlalu packed dan segala nya so rushed , kami pun amik keputusan untuk membeli belah kat area pantai cenang je selepas aktiviti island hopping . Flight balik kl pun terlalu awal iaitu pukul 4:35petang . So kami pun dah macam askar lari-lari sebab takut terlambat . Even beli coklat kat airport je sebab tak sempat nak pergi kat Haji ismail group .


Ape pun langkawi masih belum membosankan saya dan langkawi ni lah tempat paling senang untuk visit dan murah Hahaha . Mana tak nye , flight return hanya rm55 . Gile kau ?! Everytime ada promo je kelam kabut nak book tiket . Paling senang , pegi je langkawi . Hihihi ... Anyway , pada kakak-kakak abang-abang adik-adik makcik-makcik pakcik-pakcik yang belum pernah ke langkawi ni jangan malu jangan segan untuk ke langkawi . Saya sendiri dah rasa langkawi ni macam tempat sendiri plak . Jimat pun jimat , nak kata tak selamat pun negara sendiri kan ? Insyaallah berbaloi-baloi percutian korang . Jum semarakkan lagi cuti-cuti malaysia ! cewaaah :)

Goodnyte , Assalamualaikum

Sunday, September 22, 2013

Jalan-jalan di Johor dan Singapore

Saya pilih Johor dan Singapore untuk percutian kali ini . Untuk pengetahuan semua percutian ke johor dan singapore adalah percutian kali kedua saya . Sebelum ini saya pernah bercuti di MERSING , johor pada 3tahun lepas dan singapore pada awal tahun lepas . Kali ini saya amik flight depart and return kat johor . Flight ke johor biasa nya murah sahaja . 2bulan sebelum fly , saya book tiket melalui Airasia serendah RM58 return . Murah bukan ?

Ini adalah percutian raya kami untuk tahun ini . Eh tak payah kami sangat lah , berdua je pun . Hahaha . Ye memang saya berdua sahaja kali ini iaitu dengan kawan perempuan saya dan kami kenal sejak dari tadika lagi . Lama kan ? Sahabat baik gitu ~ Hehehe

Oleh kerana kami sampai di airport Johor pukul 10.25pagi , kami ambik keputusan untuk isi perut dulu . Mana tak lapar nye , kul 5 pagi dah gerak pegi LCCT . Lapar der !
Tapi korang jangan tanya den ye macam mana nak gi hotel dari airport sebab den pun tak tahu . Time tu bf kepada minah ni yang jemput kiteorang kat airport . Almaklum ler , bf orang johor kata kan . So kalau nak senang , korang pun cari lah bf kat negeri yang korang nak pegi yer hahaha :p

Kami request kat bf si sue ni nak pegi mamam dulu . Then dia pun bawak kiteorang kat area PLAZA ANGSANA . Depan plaza ni ada banyak gerai-gerai makan but unfortunately makanan dia memang tak sedap ! Sakit jiwa den ni jah oiii . Dah la lapar-lapar , boleh pulak tak ikut selera kita . Terpaksa la kami masuk dalam plaza tu dan mencekik mcd yang dah tentu-tentu kita tau kesedapan nye . I'm lovin' it Hehehe .

Kebetulan hari tu hari jumaat , sementara si bf pegi sembahyang jumaat . kami pun berlegar-legar kat dalam plaza angsana tu . U know what ? setahu saya selalu jugak la artis-artis or event buat kat plaza angsana ni tapi for me plaza angsana ni gile bosan . Tak tahu nak buat ape kat dalam ni , tapi tak tahu lah orang lain kan ? but for me , very the boring ~

Kiteorang just lepak-lepak kat luar plaza tu sambil menunggu si bf sue ni datang amik . Sebab nye kami nak pergi check in hotel . Hotel yang kami pilih tentu la TUNE HOTEL DANGA BAY . So far saya boleh bagi 4bintang kat hotel ni .Persekitaran hotel ni pun best sebab ada 7eleven kat bawah , ada kedai makan jugak but tak tahu sedap ke tak sebab tak singgah kat situ pun . Dan yang paling best , ada kedai ticketing nak masuk USS singapore . Ha this is the best part nak cite nanti . Tapi sabar sat na . Habis kan cite pasal hotel ni dulu Hehehe

Kat area sini ada jugak hotel berdekatan iaitu Kozi Hotel tak silap . Boleh klik SINI . Tak jauh pun dengan tune hotel ni . Tapi seperti yang kita ketahui , tune hotel ni semua benda pun seperate pay . Nak tengok Tv pun bayor okay ! Tapi kami tak amik semua tu , we just pay for basic room which is cost rm239 for 4days 3nite . Ok lah kan ? murah jugak ... Kalau nak book boleh layari laman web Tune Hotel  . Saya book melalui call sahaja , korang boleh call tune hotels centre 1300 8888 63 untuk buat booking . Sangat mudah dan pantas tapi call during weekdays sahaje yer harap maklong ~ hehe  Kalau book melalui online , terdapat pelbagai pakej yang tune hotel buat . So pilihan di tangan anda :)


Jum layan gambar jap











Gambar last ni saya panggil peti Haji Bakhil . hahaha Kat sini korang boleh simpan barang-barang berharga korang menggunakan password korang sendiri .



Da sampai hotel kami pun terus mandi dan siap-siap nak kuar tapi takde la pergi mana sangat . We just pergi kat area taman perling iaitu tempat kediaman si bf sue . Lepas maghrib baru kami keluar jalan-jalan area pantai lido . Kat sini lah tempat-tempat ferry nak pergi batam tu dan jugak dari sini boleh tengok jambatan nak menghala ke singapore tu . Terdapat banyak kedai makan dan paling best nye steamboat / cucuk-cucuk di jual di tepi pantai jerp ~ So calm and peaceful + romantic if datang bersantai di sini especially with cinta . Hehee Oh lupa pulak , kat sini lah terdapat nye THE ZON dimana tempat ni lah korang nak perabih duit korang sebab bebas cukaii ! hehehe

Kat johor ni banyak tempat yang korang boleh pergi tapi sayangnya saya tak kemana sangat area johor ni memandangkan saya menghabiskan satu hari saya di singapore . Balik-balik johor saya da letih yang amatss sampai melecet kaki ku huhuhu .. Hari kedua tu , kami tak kemana-mana . Just lepak dalam bilik and had lunch kat SEKINCHAN IKAN BAKAR . Berhadapan dengan tune hotel . If datang beramai-ramai korang boleh makan kat sini k ? Makanan dia pun sedap sampai terngidam-ngidam nasi lemak kat sini hehehe

Malam pulak kami pergi nonton wayang kat City Square Shopping Mall . Tengok adnan sempit 3 gitu Hihihi Sweet sgt shaheizy sam tu yer . Pastu kami terus ke pasar karat berdekatan city square tak silap . Saje jalan cuci-cuci mata . Rasa nye sama je macam uptown/downtown kat KL ni . Then kami teruskan perjalanan menuju dataran bandaraya johor makan steamboat lagi . Hahaha Medan Steamboat luton Van , ni lah nama tempat tu . Kat sini hanya menjual steamboat je yer . Penuh dengan van-van yang jual steamboat .

Untuk pengetahuan korang , other attraction kat johor ni adalah Johor Premium Outlet (JPO) ... Kat sini korang boleh borong barang-barang branded . Mungkin murah sikit dari KL . Tapi bukan semua design ada kat sini . Tapi kalau nak singgah , boleh ja . Tak pun , pergi Legoland tapi tak tahu lah best ke tak . sebab saya tak pergi pun . Korang boleh tengok kat pakej Tune hotel tu yer .


Ok , dan hari ketiga pulak saya ambik keputusan nak masuk singapore memandangkan kawan saya tu asyik nak bercintan cintun je dgn bf dia . So saya pun malas nak jadi nyamuk . Korang pergi je kat bawah tune hotel tu , ada kedai jual tiket masuk USS (Universal Studio Singapore ) tapi jangan lupa bawak passport sekali yer . Harga RM30 sahaja untuk return tiket tapi tidak termasuk harga USS .. Masa cuma ada pukul 7am-7pm . So korang mesti balik pukul 7pm , tak boleh balik awal . Tapi ada ke yang nak balik awal ? silap-silap tak nak balik sebab dah syok main kat dalam Uss tu hahahaha ...

Jum layan gambar pulak



                                                              Ini lah rupe tiket tu




                                                     White form ni wajib di isi







                                                             Yeayy da sampai :)


 

                                                  Tempat ni nama dia Bugis Juntion






                                   Saya suka tengok bangunan ni , berdekatan bugis juntion







                                                        Yang ni dalam bugis street .
                                          Kalau nak beli ole-ole , jangan lupa singgah sini .
                                                         Naik Mrt turun kat bugis :)


                                                       
                                                               Merlion kat area Uss .




Sampai berjumpa lagi singapore . Dah macam rumah kedua , keriangan memang dirasai di Uss . Korang pun jangan lepaskan peluang untuk datang sini k ? Berbaloi-baloi . Harga masuk dalam 70$ .. Ada masa mau datang sini lagi hehehee . Bagi saya tak susah untuk ke singapore , memandangkan saya ada makcik-makcik yang memang singaporian dan kawan yang menetap di singapore . Agak jimat lah jugak , kalau duduk hotel pasti mahal . Dan saya syorkan korang stay je kat hotel area johor tu bagi penjimatan maksimum ahaks :D


Tamat lah sudah ceritera percutian saya ni , sebab esok nye saya dah balik Kl . Flight dalam pukul 1 tengahari . Tapi kat area johor ni susah nak cari baju i love johor . Ada pun dekat airport yang dijual dengan harga rm28 . Agak mahal ye harga ni untuk t-shirt macam tu . Kat langkawi better kualiti pun saya cuma bayar rm25 . Tapi ape pun , beli jela untuk memenuhi collection t-shirt tu kat rumah hehehe Oklah , sehingga kita berjumpa lagi di entry seterusnya ye . Insha Allah :)


Klik SINI untuk tiket murah ke USS

Holiday ? Jum belajar simpan wang

Alang-alang ada masa terluang , moh kite teruskan ber-blogging k ?

Bukan ape , saya rasa seronok berblogging ni sebab saya suka share tentang ape yang saya tau . Saya pasti mungkin niat blogger-blogger lain pun sama jugak kan ? tak kisah lah nak share pasal kecantikan ke , masakan ke , percutian ke , ilmu pengetahuan ke atau ape-ape saje la . Yang penting share kan ? Kadang-kadang tanpa kita ketahui semua ni sangat banyak membantu orang lain .

Sebelum ni , saya pernah share tentang cara efektif menyimpan duit . Dalam entry tu saya selitkan serba sedikit cara untuk kita simpan duit dari duit syiling . Mungkin cara orang lain tak sama dengan cara saya sebab saya adalah seorang yang kurang gemar berbelanja dengan menggunakan duit syiling . Oleh itu , setiap kali berbelanja baki wang syiling tu biasanya saya akan simpan dan saya akan menggunakan wang kertas baru untuk membayar barang-barang tersebut .

Dengan cara ini , secara tidak langsung kite telah pun menyimpan duit sedikit demi sedikit . Mungkin hasilnya lambat tapi lebih baik ada dari tak ada langsung . betul tak ? Kali ni pulak saya nak share tentang menyimpan duit untuk holiday atau dengan kata lain TRAVEL FUND . Memandangkan kawan-kawan saya sendiri pun nak tahu macam mana selang sebulan saya boleh travel ke sana ke mari , harini saya akan share kat korang semua . Tapi ini semua bergantung pada kewangan masing-masing ye . Selain tu , kena tahu kat mana tempat yang menjadi pilihan hati korang semua . Kalau Europe , harus lah sangat besar jumlah nya dan bagi penyimpanan yang sedikit mungkin makan tahun lah nak ke europe tu yer . Sekarang ni kita fokus dulu percutian dalam malaysia dan negara-negara asia .

Pertama sekali , ketahui mana tempat yang korang nak pergi dan berapa hari nak stay kat sana . Dari situ korang boleh mintak tolong pakcik Google search kan tempat-tempat menarik yang korang nak pergi tu . Dan korang pun boleh usha hotel-hotel atau guesthouse yang murah untuk percutian budget . List kan semua tempat yang korang nak lawat pastu buat kira-kira . Agak-agak je berapa jumlah tu ok ?

Yang kedua , layari laman web www.airasia.com untuk pernerbangan tambang murah . Nak tahu kenapa pilih Airasia ? sebab Airasia selalu ada promo 0 fares . Promosi selama seminggu tetapi travel period pada tahun depan . Nampak macam lama nye nak tunggu sampai setahun atau berbulan-bulan tetapi dengan cara ini lah korang sebenarnya dapat melancong kemana-mana dengan mudah dan jimat . Rajin-rajin lah check airasia website .

Yang ketiga , start buat kire-kire untuk semua kos percutian . Dari segi hotel / guesthouse , flight tiket , makan , transportation , duit shopping dan lain-lain . Prinsip saya mudah sahaja , setiap percutian tidak perlu mewah semata-mata . Dari segi hotel kita boleh cuba search hotel yang murah dan selamat . Lagipun bila kita tengah holiday , saya yakin 100% kita tidak akan 24hours duduk dalam hotel . Seboleh-boleh nya kita akan berada diluar , sebab itu saya katakan jangan membazir wang anda untuk hotel . Dari situ kita sudah pun jimat banyak .


Ketiga-tiga cara diatas adalah salah satu cara saya untuk mengetahui berapa kos perbelanjaan yang perlu saya sediakan sebelum saya travel . Dan selepas itu saya mula menyimpan sedikit demi sedikit untuk capai apa yang saya inginkan .

Contoh percutian ke langkawi :-

Flight ticket RM 55 return
Hotel RM 150++  x  3nite = Rm450 bahagikan dengan berapa orang yang pergi (cth 3org)
Snorkeling RM80
Island hoping RM30
kereta sewa RM150 bahagikan kepada beberapa orang (cth 3org)
makan (saya anggarkan dalam RM100)
ole-ole (anggaran RM150++)

Total RM615 #

Flight tiket wajib dibayar on the spot masa kita booking tiket . Yang lain-lain boleh dibayar kemudian . Jadi RM615-RM55 = RM560 .

RM560 bahagi 6bulan sebelum kita travel = RM93.33 permonth .

Mudah dan jimat kan ? Kalau ada yang rasa RM93.33 sebulan still tak mampu nak menyimpan , korang boleh booking tiket untuk 8bulan kemudian baru travel . Which mean sebulan RM70 sahaja tapi kena tunggu lama lah baru dapat travel . Lama pun lama lah yang penting dapat pergi , betul tak ? Ini hanya lah anggaran sahaja . Masa saya holiday dilangkawi total semua percutian kurang dari RM500 termasuk flight tiket . Sangat murah dan puas hati . Tetapi ini semua anggaran untuk holiday dalam negeri (malaysia) belum anggaran luar negara . Ape pun korang boleh ikut cara yang sama cuma tambah kan lebih sedikit pada simpanan di setiap bulan .

Cara sebegini sangat bagus sebab dapat mengajar kita menyimpan secara konsisten . Travel fund ini biasanya saya simpan di account lain dimana setiap bulan saya WAJIB menyimpan duit berjumlah sekian-sekian di account tersebut even saya tak pergi holiday pun . Sebab itu saya sentiasa ada wang untuk tavel beberapa kali dalam setahun . Menyimpan wang adalah sangat digalakkan sebab even kita tak pergi holiday tapi wang tersebut boleh dipakai untuk emergency . Tak rugi menyimpan wang malahan kita tergolong dalam kategori orang-orang yang untung . Selamat mencuba semua and Happy Holiday :)

Saturday, September 21, 2013

Resepi : Masak Manis Bendi

Assalamualaikum semua .

fuhh agak lama jugak ye saya menyepi .. bersawang rasa nye blog saya ni hehee . Korang sihat ke ? Harap-harap semua sihat la hendaknye .

Sebelum memulakan bicara , rasa nye belum terlambat lagi untuk saya ucap selamat hari raya to all of u ! eh ? ke dah lambat sangat ? hahahaa Pape jela , tetap nak ucap ! Hahaha

Yela mana tak lambatnye , dah berbulan baru nak update blog kan . Busy sangat la you olls . busy mengalahkan perdana menteri pulak rasanye hahaha Poyoss ~

Eh sudah-sudah la merapu nye . Nak share resepi je pun , berjela-jela intro nye . huhu Ok lah , harini saya nak share satu resepi . Of course la resepi dari my mom dan nama resepi ni ialah Masak manis bendi atau lebih dikenali singgang bendi . You guys mesti cuba masak ni okay ? sebabnye very the sedap . Saya memang sangat sukakan nye . Untuk pengetahuan korang , resepi ni semudah ABC . Kalau rasa time tu tak ada idea nak masak ape , just try masak singgang bendi ni k ? Jum kita tengok cara-cara nak masak dan bahan-bahan yang perlu ada . Check it out ~

BAHAN-BAHAN

asam jawa (sikit je )
belacan (pun sikit sahaje)
cili (jangan banyak sgt nanti terlampau pedas)
bawang
ketumbar (sikit je , 3-4biji macam tu )
bendi
air
garam
gula
ajinamoto

CARA-CARA MEMASAK

1- Tumbuk asam jawa , belacan , cili , bawang dan ketumbar .
2- Jerang air sampai menggelegak pastu masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi .
3- Then perasakan dengan gula , garam dan ajinamoto
4- Almost nak masak , masukkan bendi tadi (bendi masukkan last sebab bendi cepat masak ) .

Da siap ! Senang je kan ? Selamat mencuba :)

Tuesday, June 18, 2013

Langkawi 3hari 2malam

Selamat malam semua ... Da dinner ke belum ? Yang da dinner tu , alhamdulillah ... Pada yang belum tu cepat-cepat makan yer ... sekarang pun da pukul 10.28malam , da lewat sangat ni .. nanti Bom-bom lak . hehee

Pada yang comment di bawah title Masalah Jerawat II tu maaf yer kadang-kadang tu lambat sikit reply sebab nye kite bukan hari-hari bukan blog nii . Ramai rupanye kaum hawa ni mengalami masalah jerawat .. Tapi ape pun , wish korang dapat recover dengan cepat k masalah jerawat yang menghantui tu ... Simpan lama-lama pun tak elok jugak sebab nanti makin melarat .. Pesanan saya , jangan stress-stress k ? huhuhu

Baik la , sekarang moh kite berbalik pada tajuk kita ni ... selalu lari tajuk kan ? mueheheee .. Actually dari hari tu lagi nak update blog ni .. tapi asyik busy je manjang ... So tertangguh-tangguh la niat kite nak hapdate blog pasal langkawi ni ... Malam ni ada masa , ku gagahkan jua la niat ku ini huhuhu ~

Pada 18.6.2013 pagi-pagi buta dah excited bangun awal . Padahal flight nye kul 3.05ptg , haa nampak tak semangat yer tu ? hahahaha Bukan ape , saya sengaja berjaga sebab nak pastikan kawan kite yang sorang tu selamat sampai ke langkawi memandangkan flight dia berlepas pukul 7.30pagi ...
amik kau ~! awal gile , padahal langkawi je pun hihihiih ... Bukan setakat nak pastikan dia selamat sampai je tapi sebab kawan sorang ni la yang kene amik kereta sewa kiteorang . So saya taknak la time-time dia tengah "gawat" saya duk sedap tidur kan ? Baik benor den nii yer .. Miahahahaaa ~ Ferasan !

Sebelum saya keluar rumah tu , saya akan last checking untuk pastikan saya bawak semua yang saya perlu kan .. sebab saya paling tak suka lupa itu lupa ini ... Eeee Tolong laa , memang buat saya rasa nak pukul orang ! ha kau , baran benor cite nye ~! hahahahaha Tapi jangan takut yer , saya masih waras ... takde nak pukul-pukul orang tibe-tibe .. Dont worry keyh ? :)

Then saya pun menuju ke destinasi ...dengan menggunakan perkhidmatan mudah dari Skybus 1utama dengan harga RM15 jerrr dan mengambil masa yang diambil lebih kurang sejam sahaja untuk sampai ke LCCT AIRPORT .. Mudah kan ? Kalau tak silap saya , KL sentral juga ada perkhidmatan bus ni .. tempat lain saya kurang pasti yer .. boleh suh Pakcik GOOGLE tolong carikan ye ...


Saya sampai di Lcct Airport pukul 1 petang . Paling penting , jangan lupa check in tau kawan-kawan .. Pada yang nak check in kat lcct tu , boleh pegi je kat kiosk yang di sediakan .. Saya menggunakan WEB check in je , senang sikit ... lagipun takut ramai orang guna mesin kiosk tu , kang tak pasal-pasal lambat lak kan ? Kalau dah web check in tu , terus je print boarding pass kite . simpan siap-siap dalam beg . Kang takde la terlupa , ye dak ?


Eh korang tak rasa ke over sangat cite den ni ? detail benor cite nye , dari rumah sampai airport ... Mesti bosan kan ? jangan la bosan ek ? saje je nak penuhkan blog langkawi ni huhuhu ... Ok lah , kite just terus cite masa dah berlepas je ek ? pendekkan pendahuluan dia hehee ...






Sesampai nye saya di Langkawi Airport , kami terus di jemput oleh kawan-kawan kami yang dah pun sampai sebelum kami . Patut nye kami pegi ber-enam tapi memandangkan kawan sorang tu nenek dia masuk hospital , tinggal lah kami berlima je yang pegii ... Kalau di ikut kan itinenary pertama kami , kami nak terus je balik hotel dan berehat tapi memandangkan masa pun macam agak suntuk untuk kami spent time kat sana , kami pun amik keputusan untuk teruskan je perjalanan . Beg-beg semua letak dalam kete je dulu .. So destinasi pertama pilihan kami ialah HAJI ISMAIL GROUP ... Ape kejadah haji ismail group ni kan ? haaa sini la dia tempat yang most of people datang ke langkawi untuk borong chocolate ... Pada yang menggemari chocolate ni boleh bawak duit shopping banyak sikit , pastu korang borong la sebanyak mana korang nak ... Macam kawan-kawan den ni , sampai dua kali datang sini . hahaha ! but for me , takde la suka sangat makan chocolate .. so beli ape yang perlu je . Ni nak share alamat untuk ke kedai Haji Ismail group ni ..




No. 23,25 & 27, Jalan Pandak Mayah 6,
Kuah, 07000, Langkawi.
Tel No : 04-9669397 Fax No : 04-9669398



No. 802, 803 & 804, Jalan Pandak Mayah 2,
Kuah, 07000, Langkawi.
Tel No: 04-9672714/15   Fax No: 04-9672716


Actually , Haji Ismail ni ada banyak cawangan .. Yang saya selalu pegi kat area Pandak Mayah ni .. Dua-dua pun kat sini jugak , cuma satu cawangan tu kecik sikit dari yang lagi satu ... Senang je nak jumpa dua-dua cawangan ni sebab dekat area yang sama ...


Lepas je kami memborong kat sini , kami semua pegi kat Market berdekatan kuah tu . Tak sure nama pasar tu apa tapi lebih kurang macam downtown cheras la .. So kami pun beli baju i-love langkawi kat sini dan jugak frigde magnet ... Kalau nak beli souvenir , better pegi kat area BERAS TERBAKAR , kuah .. Kat situ murah sikit berbanding kat sini .. Kami pun tak shopping banyak barang kat pasar ni sebab tak ada ape yang menarik sangat .. so kami pun chow cin chow dari tempat ni .. Masa dalam kereta tu ada nampak kat map langkawi pasal pasar malam , jadi kami sebulat suara nak pegi jugak pasar malam tu .. Lagipun perut dah lapar , kami pun nak tapau la ape yang ada kat pasar tu kan ?  Alamak , nama pasar malam tu pun lupe la ape .. almaklum la , da seminggu berlalu kan ? banyak lupe nama-nama tempat tu , tapi yang pasti tempat tu menghala ke Pantai cenang ... Rasa nye bukak setiap hari selasa je . So sesiapa yang pegi hari selasa , boleh la singgah jugak ... Kat situ kami beli nasi lemak kukus , ayam percik , nasi kerabu , satay , air tebu , apam balik ...tu semua makanan tak sihat yer , dan sangat menampakkan kelaparan kami semua hahahaha



Phewww ~ Finally dapat la jejak kan kaki ke hotel kami .. Klik SINI untuk info hotel ..
lega rasa nye bila da sampai . Lagi pun tak susah kawan-kawan nak cari hotel ni ...
Awak semua cari je RASA RESTAURANT .. pastu masuk kat lorong tu .. terus jumpa hotel ni ... This is my 1st time stayed at this hotel but sangat selesa ..... Enviroment dia sangat homieee ... maksud nye macam berada di rumah sendiri je . pastu siap ada cafe / kedai makan yang attached dengan hotel ni . sangat mudah untuk kite lepak makan kat situ ... Masa kami stay kat situ , hotel macam full , but majority dorang datang dengan family .. Family from india , local , europe and chinese local ... dan sepanjang duduk kat situ , rasa agak selamat jugak even tempat ni murah ... Yang best nye murah-murah pun ada breakfast jugak ... So pagi-pagi semua bangun terus terjah cafe tu hahahha






Now , lets start untuk hari kedua plak ... Aktiviti kami untuk hari kedua ni ialah Snorkelingg ~!! Jyeahhh ~!! Saat-saat ni la yang kami nanti-nantikan heheee .... Pukul 6pagi dah bangun sebab kami taknak terlepas breakfast .. Breakfast start pukul 730 yer ... So kami bangun siap-siap dengan pakaian yang perlu di bawa untuk snorkeling nanti .. sebelum tu , isi perut dulu .... hehee ~
Hari yang kedua ni cuaca tak bape best sangat .. yelah mana tak nye , kite ni nak mandi laut ... boleh pulak hujan dari kul 6 pagi tu .. Tapi hujan ni macam mengade plak , sekejap hujan sekejap benti ... Kami duk risau je , kang macam mana lak nak mandi laut nye kan ? tak syok lerr hujan-hujan .. kang ada jugak yang hanyut ... huhuhuhu


Untuk snorkeling ni korang boleh dapatkan info dari post percutian ke langkawi yang saya pernah post sebelum ke langkawi ni ... Kat situ saya ada letak link website orang yang menjayakan aktiviti snorkeling saya ni ... Saya amik pakej snorkeling , island hoping and kereta sewa dari mereka .. So pada yang nak merasai aktiviti macam ni , boleh direct call to them yer ... Kalau pergi langkawi , saya sangat suggest korang gi snorkeling and island hoping ni ... best sangat ! Lagipun takde la mahal mana , semua pasti effordable .. Untuk kedua-dua aktiviti ni dorang akan pick up kite kat hotel , so tak payah susah-susah nak pegi tempat tu ... all included key ? Jum kite layan gambar dulu , asyik berceloteh je ... macam bosan lak kan nak baca panjang-panjang ...




















Masih tak puas berjimba kat langkawi ni , tup-tup dah hari ketiga .... cepat je masa berlalu ... uwaaa tak best nyeee , malam ni kami akan balik KL dah ... :(   Ape pun , semua nye harus di teruskan ... Jangan sia-siakan masa yang ada kat langkawi ni ... cewaaahhh ~! kemain lagi ... macam tak boleh pegi lagi je . Tapi nak pegi lagi ke ? kalau pegi lagi , da kali ke-tiga cite nye ni . hahahaha Dah-dah , pasni pegi tempat lain lak ... manjang gi langkawi oiii ... huhuhu  ~

Hari ketiga kami teruskan dengan aktiviti ISLAND HOPING .. dimana kami dibawa ke TASIK DAYANG BUNTING , EAGLE FEEDING DAN BERAS BASAH ISLAND . Dengan menaiki boat comel menuju ke destinasi pertama kami iaitu Tasik dayang bunting ... Best tau tasik ni ... Kalau nakk tau kisah nye , gi google sendiri okay ? hee ~
 
 
 

 
 
 























Boat yang kami amik ni adalah private boat , which mean kami berlima je dalam boat ni . Korang nak amik public boat pun boleh , share dengan orang lain la . Tapi kalau yang lebih sukakan privacy , boleh booked private boat seperti kami . Satu boat maximum 8orang boleh naik .. so korang share-share la dengan kawan-kawan yang lain .. Tak mahal pun private boat ni , boleh discuss dengan orang yang organize island hoping ni sendiri okay ? Untuk pegi ke tempat-tempat ni mengambil masa 4jam total semua , sejam di tasik dayang bunting , few minutes eagle feeding dan sejam lagi di beras basah island .. So kalau korang ada banyak masa , sempat la korang nak gi tempat lain pas habis berjimba kat sini .. tapi kami agak rushed sebab lepas island hoping ni kami kene berlari pegi Cable car plak .. nasib baik tak jauh sangat ... so sempat la kami pegi ... Kire percutian kami ni complete la kan ? hee ~


Yang ni gambar masa eagle feeding / bagi makan kat helang .. Just boleh tengok helang je kat sini ... maybe lunch time untuk helang-helang ni kot kuikuikui ~










Habis je eagle feeding ni , kami semua di bawak ke Pantai Beras Basah ... Time ni dah tengahari , panas terik oiii ... Mau hitam legam nanti hahahhaa ... Yang menarik kat sini sebab ada aktiviti lain yang kite boleh buat seperti banana boat  dan para sailing ... Saya nak cuba para sailing tu , tapi macam tak syok plak kalau sorang je gi main bende alah tu . Yang dorang ni semua pakat nak tengok je  ! hishh tak best la weyh .... Next time kalau gi holiday yang ada para sailing ni , mesti cuba ! Harga untuk local RM90 , foreigner RM100 ....





















Sejam berpanas terik kat sini , kami pun berangkat la pulang ke jeti .... Macam cite anak itik plak kan duk berangkat pulang bagai hahhahaha .... Yang payah nye lepas sampai jeti ni , kami semua tak tau nak mandi kat mana . Yelah , kan lepas ni nak sambung pegi cable car . Tak kan nak basah kuyup dengan air laut tu pegi cable car pulok .... ishhh isshh isshhh idak la teman nak macam tu , tak selesa langsung ! Bincang punye bincang , terkeluar la idea power kami ni untuk mandi kat public toilet . hihiihihii Takde pilihan dah , so terpaksa lahh mandi kat sana .. Tapi ape pun , sorry yer pakcik makcik yang jaga toilet tu ... Kami tak sengaja membasah kuyup kan toilet tu ... huhuhu



Kali ni , jum kite layan gambar kat cable car plak ... Tiket masuk untuk MYcard RM15 sahaje ... without mycard RM30 ...











Fuhh .... tamat la sudah al-kesah di langkawi ni yer ... Jenuh nak menaip lagi ... Ni je yang dapat den share kat semua ... Ape pun kalau korang nak cuba pakej lain kat langkawi tu , just call je the same person yang organize my snorkeling tuh . Dorang boleh manage ape yang korang nak . So far , langkawi is the best place for holiday . Pada siapa yang belum pegi tuh , jangan malu jangan segan untuk datang ke langkawi keyh ? hehehee ~ Mata da ngantok ni , jum tido ! Assalamualaikum dan selamat malam ~

Thursday, May 16, 2013

Resepi : Udang Masak Cili Api

Kali ni nak share pasal resepi pulak .. Resepi yang saya nak share ni amat la senang , ape kata orang ? kacang je! hehehee Korang pernah dengar tak Udang masak cili api ? tak penah ek ? kalau Udang masak lemak cili api penah la kan ? tu pun den tau .. memang favorite den tu .. hihihihi ... Ok , penah ke tak pernah ke tak pe . Yang penting cuba dulu .. baru tau rasa dia ada umpphh ke takde ...


Just straight to the point ... Bahan - bahan nye adalah :-

Cili Besar
Cili Padi
Bawang Putih
Serbuk Kunyit
Udang
Minyak Untuk memasak
Ajinamoto
Garam
Gula
Air sedikit


Cara-cara

Tumbuk cili besar , cili padi dan bawang putih tadi .... Tumbuk kasar-kasar je . Jangan tumbuk lumat yer . Sebab nanti tak nampak cili tu keping-keping ...

Panas kan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi tu sampai naik minyak ..

Pastu letak sikit kunyit .. bagi nampak macam kuning-kuning sikit je .

Masukkan udang ... sambil-sambil tu boleh letak sedikit air , sebab takut udang tu tak masak ..

last sekali , perasakan dengan ajinamoto , garam dan gula . Gaul sehingga masak ... Make sure jangan kering sangat tau ?

sedia di hidang ~ senang kan ? cuba la ... pasti tak kecewa :) 

Wednesday, May 1, 2013

Niat Puasa Ganti / Qada'

Alhamdulillah ..... Syukur kerana dalam keadaan tak berapa sihat pun saya masih mampu untuk meng-qada'  atau pun dalam istilah yang lebih senang , puasa ganti ... Pada korang yang belum ganti tu cepat-cepat ganti okay ? lagipun dah nak masuk bulan ramadhan lagi dah ni .. tinggal 2bulan je lagi ... nanti lama-lama bertimbun-timbun nak menggantinyee ~


 Tak sabar rasa nya menanti bulan ramadhan kembali ... Banyak keistimewaan selain yang kita ketahui banyak pahala-pahala yang kita boleh dapat dalam bulan ramadhan ni .. Ape pun saya still kene ganti 3hari lagi puasa yang tak sengaja ditinggalkan last year tu hehehee ....


Ganti - ganti jugak tapi jangan lupa niat yer ... Korang boleh tengok kat bawah ni niat ganti puasa . Semoga memberi manfaat pada semua .. Insha Allah



Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi : 
 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
 Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 




Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

 Wallahualam : Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."

Wednesday, April 24, 2013

Menarik di Sabah

Pulau Mabul dan Pulau sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang terdiri daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dikekalkan sehingga kini.





Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.














Rumah Terbalik Tamparuli

Rumah Terbalik atau The Upside Down House ini terletak di Kampung Telibong, Jalan Tuaran iaitu berhampiran dengan stesen minyak Shell. Ianya merupakan salah satu tarikan baru pusat pelancongan di Sabah. Tempat menarik di Sabah 2012 terbaru ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Februari 2012.





Kolam Air Panas Poring  

Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.




Kolam air panas terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.




Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.Air terjunnya yang unik dan cantik juga telah menarik minat ramai pegunjung yang berkunjung di sini.






Ladang Lembu Desa Cattle Kundasang

Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia











Pasar Filipina



Terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila anda melawat Sabah. Ianya terletak di sepanjang jalan yang sama dengan Kota Kinabalu Waterfront dan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit berjalan kaki dari pusat bandaraya.






Pasar Filipina dahulunya merupakan pusat transit bagi pelarian dari Filipina. Semenjak dari itu, ramai orang Filipina yang berniaga di sini sehingga ke hari ini. Memandangkan kebanyakan peniaga di Pasar Kraftangan ini merupakan orang Filipina, maka dari situlah gelaran Pasar Filipina diperolehi.





Bagi penggemar mutiara air tawar ataupun air masin, pasar ini adalah tempat yang tepat untuk anda mendapatkannya samada dalam bentuk rantai, cincin, gelang, subang, kerongsang, butang baju melayu dan boleh juga dibeli dalam bentuk aslinya. Barangan mutiara tersebut boleh didapati hampir di setiap gerai dalam pasar ini.




Pekan Nabalu


Pada yang tak tahu, pekan Nabalu ni adalah pekan kecil yang terletak di antara Kota Kinabalu dan Kundasang. Pekan Nabalu dikenali sebagai pekan kecil yang menjadi persinggahan para pelancong sebelum menuju ke Kundasang.














Antara pulau-pulau menarik yang berdekatan dengan Bandar Kota Kinabalu ialah Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Oleh kerana setiap pulau ini berdekatan antara satu dengan yang lain, maka, ianya telah disatukan di bawah satu nama iaitu Taman Negara Tunku Abdul Rahman.


Masa 15-30 minit akan diperlukan untuk sampai ke pulau-pulau ini menggunakan bot laju dari Terminal Jesselton, Bandar Kota Kinabalu. Bot laju beroperasi dari 7.30am hingga 5pm. Berikut ialah kadar kos pengangkutan bagi bot laju.







Pulau Manukan 

Pulau Manukan merupakan pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman selepas Pulau Gaya. Ia menyediakan kemudahan seperti kolam renang, gelanggang tenis, restoran dan chalet. Pulau ini menawarkan satu pemandangan batu karang yang indah dan sangat popular di kalangan rakyat tempatan dan pelancong yang begitu menggemari aktiviti menyelam.












Pulau Sapi 

Pulau Sapi juga terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu Sabah hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk pergi ke sana dari jeti Jeselton Point.Pulau ini terletak tidak jauh dari Pulau Manukan mempunyai tarikan yang lebih kurang sama seperti Pulau Manukan.










Pulau Mamutik

Pulau Mamutik berhampiran dengan resort dan merupakan pulau terkecil di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Pulau Mamutik ialah pulau terdekat dengan Bandar Kota Kinabalu. Pulau ini dimiliki oleh sebuah keluarga kaya yang telah membina rumah di atas pulau ini. Pulau Mamutik mempunyai pemandangan yang cantik dan pokok-pokok yang malar hijau di sepanjang pantai dengan pasir yang memutih. Pulau Mamutik adalah tempat yang sangat sesuai untuk menenangkan fikiran selepas penat bekerja sepanjang minggu.