Wednesday, November 28, 2012

Resepi : Mee Hailam Style Ciksen .

Kenapa tajuk Mee Hailam Style Ciksen ? Sebab mee hailam cara saya ni sangat senang dan simple . Lagipun saya pun malas nak masak bende-bende yang banyak bahan-bahan lah pokok nya ! haa da kuar pokok nya .. hahahaha Mee Hailam ni saya belajar dari mak saya sendiri . Masa tu saja la wondering , macam mana la masak mee hailam ni agak nye ?? Susah sangat ke nak memasaknye ? So ape lagi , tengah ada masa free time tu ... Mintak la jasa mak ni mengajor kita yang serba tak tahu ni .. Pung pang pung pang kat dapur , Hek elehh ... Punye la senang sangat nak masak mee hailam ni . Hahaha .. Korang dah baca ni patut cuba ok ? praktis sikit . Lebih-lebih lagi pada perempuan , Kang senang nak kawin nanti .. boleh tambah menu harian . Tak de la suami makan luar je , tak pun makan meggie je hari-hari . Ye dak ? bak kata si suami , Makin hari makin sayang ~ hehee Ok la , jum kita mulakan pembelajaran kita . hihihi :p

Bahan-Bahan

Sos Tomato
Sos Cili 
Sos Tiram
Sotong / Udang / Ayam dan Lain-Lain
Telur
Sayur Sawi
Taugeh
Mee Kuning ( Biasa saya celur dulu )
Kicap Pekat
Minyak Masak
Tepung Jagung
Garam , Gula , Ajinamoto


Cara-cara

#  Panaskan minyak , Then masukkan Sos cili , sos tomato dan sos tiram . Kalau masak untuk sorang , letak la satu sudu besar . 

# Then Masukkan  Sotong / Udang / Ayam dan Lain-Lain . Pastu tunggu sampai " mereka " ni masak dulu . 

# Bila  Sotong / Udang / Ayam dan Lain-Lain ni masak , masukkan telur . Telur ni jangan hancur kan ye . bagi dia jadi betul-betul telur . Jangan hancurkan plak . Pastu boleh la masukkan Mee kuning tadi . 

# Masa ni pun kita boleh terus masukkan kicap pekat skit . Ikut kepekatan la . Jangan la hitam legam plak . Kang nak makan pun takut . haha Masukkan air sikit untuk pastikan dia berkuah . Ikut suka korang la nak kuah banyak mana ok ?

# Sayur sawi and Taugeh jangan lupa yer . Bagi penyeri sikit mee hailam tu . Sape tak suka sayur tu , tak nak letak pun tak pe . Kcau-kacau sikit pastu letak Air Tepung jagung ( bukan tepung dia yer , amik tepung kacau-kacau dengan air ) sikit je , tak payah banyak-banyak .. Agak-agak kuah macam melekit-lekit tu , da cukup la air tepung tu . 

# sambil-sambil tu boleh terus letak garam , ajinamoto ngan gula . Ni jangan lupa plak , kang takde rasa plak mee hailam tu . hihihi







Haa senang tak ? ni jela cara dia .. Nampak macam panjang lebar je kan ? saje je tulis panjang-panjang . Tapi kalau buat , 10minit boleh siap la kot . Senang tak ? senang kan ? kan ? kan ? hehee . SELAMAT MENCUBA ^_^

Bersama Kita Muhasabah Diri



Bila tibanya tahun baru, tidak kira tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita. Namun kebanyakan kita selalu terlupa untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas. Diulanginya setiap perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan itu.


Muhasabah diri amat perlu untuk kita melihat semula setiap perbuatan kita kemana arah tujunya... Selalu kita menyalahkan orang lain atau keadaan sekeliling bila sesuatu musibah berlaku pada kita.. Pada dasarnya semua itu berpunca dari diri kita sendiri.. Oleh itu kita perlu perbaiki diri kita dahulu sebelum menuding jari pada yang lain...


Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan. Dengan bermuhasabah juga, Kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,

" Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman. Adz Dzariyaat ayat 55. "



Kelebihan bermuhasabah
  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.


[ Menulis kerana itu cara saya memberitahu , Menulis kerana itu cara saya memahami erti , Menulis kerana ia dan diri sudah sebati malah menulis kerana itu cara saya menentang mati , agar pada satu hari nanti saya tidak mati oleh sebuah kematian. Tulisan tinggal sebagai rakaman . Rakaman tentang kehidupan . Kehidupan yang menjadi cermin untuk setiap pembaca mencari diri ]


Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tuju dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan . Marilah sama-sama kita memperbaiki diri dengan bermuhasabah . Tidak rugi memperbaiki diri untuk dekat kepada Allah . supaya kita dapat mengetahui apa sebenarnya tanggungjawab seorang hamba kepada Penciptanya Allah ... Hati akan sentiasa tenang ... Semoga kita memperoleh ketenangan dan keberkatan hidup dunia akhirat . Insyaallah

Monday, November 26, 2012

Forever Love


Currently I love this song . Sangat-sangat bermakna lirik lagu ni . Sesiapa yang nak nyanyi + belajar nyanyi lagu chinese , boleh la follow lirik dia tu . Ada chinese lirik sekali ... Enjoy ok ?


Monday, November 19, 2012

Baking Class

Harini nak cerita pasal Kek pulak . Ada sesiapa yang gile makan kek tak ? atau pun yang suke buat kek ? heheh .. sebenarnya saya bukan la suka sangat buat kek ni dan nak kata hobi pun tak jugak .. baru-baru la jugak berjinak dalam baking ni ... Lagipun bagi saya , buat kek ni adalah something yang special . memang semua orang boleh belajar buat kek ni . tapi kalau tak ada kesungguhan dan minat , susah jugak nak buat kek yang sedap dan cantik ... saya sendiri akui , masa mula-mula buat kek kat rumah . saya ikut semua yang saya belajar tapi kek tu tak menjadi .. maksud tak menjadi tu bukan hancur , cuma kek tu jadi manis sangat dan kembang sangat ... tapi still boleh makan la . hehee mesti korang pun ada pengalaman macam saya kan? pada yang berjaya buat dengan baik tu , tahniah la yer . anda memang hebat ! hehehe


Saya belajar 4jenis kek masa pergi baking class sebelum ni ... MARBLE CHEESE CAKE , CARROT CAKE , RED VELVET dan TOFEE CARAMEL CHEESE CAKE ... Saya selalu buat marble cheese cake tu sebab sedap ... dan saya pun ada amik tempahan untuk kawan-kawan or saudara-mara yang order . Nak kata saya terjebak dalam bisnes tu tak jugak la . sebab saya belum ada ilmu baking sepenuhnya . Ape yang saya belajar ni saya boleh la buat . Kalau request yang lebih-lebih , mintak maaf yer .. saya masih belajar ...

Pada saya la , buat kek ni bukan semata-mata kerana hobi je . tapi bila kite buat kek , banyak tenaga dan idea yang kite kene kerah . Maksud nya , time kite nak deco kek tu dan idea untuk men-deco kek tu ... Kalau saya tengok design-design kek yang akak-akak tu buat , sangat kreatif . Kadang-kadang saya wonder jugak , macam mana akak ni buat kek secantik ni ? Masyallah , hebat betul akak-akak kite ni yer ... Kagum saya dibuatnya . Kerana nak tahu macam mana nak buat kek tu , sebab tu la saya belajar buat kek . Saya mulakan dengan kek yang simple-simple dulu . Insyaallah saya akan pergi lebih jauh dari ni . heheee

Sekarang saya rasa seronok bila saya da menguasai cara-cara buat 4kek ni ... Saya rasa ini satu kelebihan buat saya dan wanita lain . Sememangnya buat kek ni perlukan kesabaran yang tinggi dan minat itu sangat penting . kalau betul-betul niat nak belajar , mesti fokus . kalau tak ,ape pun tak jadi . . lepas belajar , tak praktikkan kat kat rumah .. So kek pun dah tak jadi macam kek dah hahahaa ...

Jum tengok 4 jenis kek yang saya buat tuh ... Mesti korang rasa nak buat jugak kan ? kadang-kadang buat kek ni boleh mengisi masa lapang kite .. so ada la bende berfaedah nak buat kan .. Pada yang nak tambah pendapatan , sangat-sangat digalakkan belajar buat kek ni . Kot-kot ada ramai yang nak order . hehehee




Pada sesiapa nak belajar buat kek ni , boleh drop your email ok ? nanti saya kongsi info kat mana saya belajar buat kek ni . sebab kalau buat dengan akak ni , insyaallah semua memuaskan hati . ape yang dijual , itu yang diajar .. bukan macam certain orang , dia tak kan bukak semua resepi dia kat pelajar dia .. Sebab banyak kes tau saya dengar masa dalam kelas ni . pelajar-pelajar lain semua kata time dorang belajar kat tempat lain . resepi yang dia bagi , tak sama dengan ape yang dia jual ... So hati-hati la pilih pengajar .. Tapi jangan risau , dengan akak ni ... insyaallah korang puas hati :)

Saturday, November 17, 2012

Langkawi 4hari 3malam

Siapa pernah pergi langkawi angkat tangan ? hehehee ... Percutian selama 4 hari 3 malam saya di langkawi ni amat menyeronokkan ...4hari kat sana pun rasa tak habis dan tak puas nak jalan-jalan kat sana ...dari dulu memang berangan nak jejak kat langkawi tu .. tapi di sebabkan tak ada kawan nak pegi , so terbantut la selama bertahun-tahun . dan tahun 2012 ni tercapai lah jugak hasrat tu ... memang excited sangat la masa nak fly pegi sana tu ... Jum tgk pemandangan dari atas kapal terbang ni .. cantik kan ?





 Hari pertama kat langkawi , takde buat apa sangat . sebab flight pukul 440ptg macam tu .. dari kl ke langkawi ambil masa 55 minit nak sampai .. so tentu-tentu kami sampai sana dalam pukul 550ptg ... 


Sesampai saja kami di Airport langkawi tu , kami terus book kereta . then terus g hotel . kami duduk kat SANDY BEACH RESORT .. kat situ termasuk breakfast ok ? satu malam rate dia RM170 untuk bangalore type... Then malam tu kami cuma lepak-lepak area hotel dan jalan-jalan sepanjang pantai cenang . sebab hotel kami ni terletak di pantai cenang ... Jum tengok hotel yang kami stay ni . Kot-kot korang nak stay sini jugak ke ? :)




 




Bilik kami







Tempat breakfast










Hari kedua pulak , bangun pagi-pagi breakfast dulu .. then terus pegi kat jetty pekan kuah tak silap . sebab aktiviti kami pada masa tu ialah HOPING ISLAND .. yang ni murah je . sorang RM35 .. so kat jetty tu boat dah tunggu kami . Tempat pertama kami ialah PULAU BERAS BASAH . kat sini kami just mandi-manda selama satu jam ... Masa mula-mula sampai bukan terus mandi yer .. WAJIB ambil gambar dulu ! hahahaa kalau boleh di setiap pelusuk pantai tu kami nak bergambar ...hehehee Gmbr kat tepi ni pantai kat beras basah 

















Dah sejam mandi kat situ , da hitam mandi kat situ ... so kita bergerak ke destinasi lain .. iaitu ....... tempat dimana kite diberi peluang untuk lihat burung helang ... kat sini dorang bagi makanan kat helang-helang ni .. so kite tengok je ...










Ok , sekarang tempat terakhir untuk hari ni ...  kami di bawa ke TASIK DAYANG BUNTING ... best jugak tempat ni ... masa da sampai banyak monyet kat situ ... kalau pegi kat sini , jangan bagi monyet tu nampak makanan atau minuman korang .. nanti dia ambik . eden takut ngan monyet ni hehee ... nak tengok reaksi lucu monyet tu ? nanti sy upload k ? comel sungguh perangai monyet tu haha ....




 Dan bila da smpai kat sini , korang kene mendaki sikit .. letih jugak oooo ... pas tu baru sampai kat tasik tu .... dalam tasik tu ada ikan keli or sembilang kecik-kecik (tak sure :p ) ... tapi dia tak gigit la ... cuma kalau korang berendam je kat tasik tu , kang ikan tu duk lalu-lalu kat sebelah korang , geli je rasa nye hhihihihii ....











 





 
So ini lah dia aktiviti kami masa HOPING ISLAND ni ... dalam pukul 4ptg kami da berangkat pulang ke hotel ... masa on the way nak balik hotel ni , hujan gerimis masa kat boat .. so sejuk je angin ... tapi best !! hehe


Now , lets start dengan hari ketiga pulak ....Macam biasa bangun pagi-pagi untuk sarapan ... kul 8 pagi someone will pick up us untuk pergi ke PULAU PAYAR .. buat ape kat pulau payar ni ? haaaa kalau korang nak tau pulau payar ni adalah satu pulau yang dijaga untuk aktiviti SNORKELING ... tempat dia memang cantik .. pasir nya putih , laut dia pun bersih , boleh nampak ikan-ikan kat situ .... macam-macam jenis ikan kite boleh nampak . colourfull ada , half colour pun ada , mix colour pun ada dan baby shark pun ada ... tapi jangan risau ... baby shark tak gigit korang kalau korang tak bawa makanan kat dalam pantai ... ni arahan dari pihak dorang .. so kalau tak nak hilang anggota , sila patuhi yerr ... pakej snorkeling kiteorang ni RM100 per person ... include equipment and lunch ... so kalau korang pegi langkawi , mesti pergi snorkeling sebab best hehehee ..... tapi jangan lupe bawak sunblock yerr .. sejam je mandi , kulit da tak nampak melayu hahahaha ....

 


Last day kami di LANGKAWI ni , kami rushed pergi beberapa tempat .. Cuaca hari tu pun agak panas jugak ... So saya selalu pakai topi nak pegi pantai tu hehee .... Ikut korang la nak pakai ape sebagai protection sebab for me , i tak boleh kene panas . Almaklum la , Puteri Lilin hehehehee ... 1st place yang dekat dengan hotel kami ialah Pekan Kuah .. Kat sini korang boleh beli souviner macam baju I Love Langkawi , key chain and macam-macam la . Tapi kene pandai tawar menawar ok ? Then kite teruskan perjalanan ke Dataran Lang ... Kalau pergi langkawi , ni tempat wajib pergi la ... sebab baru la nama nye konon-konon melancong ke langkawi kan ? aktiviti yang kite boleh buat kat sini .......... Tadaaaaaa !!! POSING la !! ape lagi ? hahahahaa ..... Ni memang aktiviti saya la .. u all , den tak tau la .. or maybe minat kite sama ? hihihihi



DATARAN LANG LANGKAWI



 


ORIENTAL VILAGE
Setengah jam sahaja kami berada di Dataran Lang ni .. sebab kami kejar masa ... Flight balik pukul 7 ... nak pulang kereta pukul 6 ... so kami terkejar-kejar sikit ... Now , kami menuju ke ORIENTAL VILAGE .... haa tempat ni pun  korang boleh beli barang-barang cenderamata tu tapi mahal sikit la . sebab tempat ni satu area dengan CABLE CAR LANGKAWI ... Tempat ni nampak cantik dan sesuai la untuk dijadikan tempat tarikan pelancong . Jum kite tengok suasana kat Oriental Village and Cable Car ni ...















So ni la dia aktiviti dan holiday kat yang best di LANGKAWI ! tapi kalau diikut kan tak puas lagi sebab banyak lagi tempat yang takdapat kami lawati .. Kalau seminggu stay kat sini , mesti semua tempat kami teroka ... Bagi sesiapa yang tak pegi lagi tu , boleh la cuba datang langkawi ni ... Jangan lupa selalu jenguk www.airasia.com sebab selalu dorang ada promotion murah-murah gi langkawi ... akhir kata , selamat bercuti pada sesiapa yang bakal pergi tu yer ... hehehee

Friday, November 16, 2012

Masalah Jerawat

Entry kali ni kite cite pasal masalah jerawat ... Haa kalau korang nak tau , dulu sy pun penah di hantui dgn masalah jerawat .. tak tau kenapa tibe2 naik je jarawat kat muka ni ... tapi nasib baik la bukan jenis jerawat batu yg besar2 or yang menggerutu tu ... jerawat sy ni jenis turun naik ... kejap2 ada , kejap2 turun ... tapi berlarutan .. ramai orang kata , maybe hormon change . tapi sy pun tak tau apa masalah nye ... kalau di ingatkan balik time tu , mcm2 produk da cuba ... mahal and murah , smua la ... then naik buntu la jgk ... stress je memikirkan . sbb dari zaman skolah dulu mmg susah nak ada jrwt . tibe2 naik macam ni ... mmg skt hati la kn  ? 

Ok , skrg ni sy bkn nk cte psl jrwt sy je ... tapi sy nk kongsi cara-cara sy kawal jerawat ... ada satu masa tu , someone told me about jrwt ... dia perunding kecantikan sbnr nye .. she ask me to join her utk jd perunding kecantikan mcm dia . but i refuse sbb tak terfikir pun pasal tu ... tapi yang bagus nye dia ni , dia tetap bg penerangan kat sy tentang mslah jrwt ni . so sy pun dgn tekun mendengar nye sbb time tu pun jrwt sy da start ada ... 

Kalau u all nk tau , almost 80% masalah jerawat yg timbul bkn dari produk yg kte pakai . Tapi dari dalam badan kite . Mksd nye , pemakanan kite , waktu tidur kite dan paling penting AIR MASAK . Almaklum jela , kite masyarakat melayu ni ske makan makanan jns berminyak , pedas2 dan lain2 .. Nak makan boleh tapi mesti kurang kn ... salah satu sbb nye , kite ni da la jarang2 nk bersenam . Tidur pun tak cukup .. air masak lagi la malas nk minum . alasan nye , malas nak ulang alik g toilet ... Tolong rajin minum air ye kwn2 ... Air sgt penting utk buang toksin2 dlm bdn kite ... ble kte detox (buang toxin) , bru la segala ubt2 , vitamin or supplement yg kite mkn bley meresap dlm bdn . Biar la pintu toilet tu rosak akibat kte kuar masuk , yg penting kite sihat ... 

Dan skrg ni , sy sarankan kawan2 yg ada mslh jerawat ... sila BERHENTI makan makanan yang berminyak , PEDAS , kacang (if sesiapa yg mmg tak boleh mkn kacang mcm sy ) , belacan , meggie dan sewaktu dgn nye ... Mulai hari ni , saat ni ... sile jaga waktu tidur korang ... dan minum air masak 2-3liter sehari ... makna nye 2botol besar air masak .... Kalau sesiapa yg kulit dia berminyak sgt tu , bley ambil tomato , ramas2 kan dia dan tempek kat muka mcm mask . dah kering bley basuh dgn air bersih ... kalau malas nak basuh , esok bgn pagi pun boleh basuh .. cara ni sy ada guna jugak kadang2 . mmg bagus , lagi pun takde bahan kimia ... kalau boring , bley makan je tomato tu ok ? vitamin tu u all ... hehehe 

Sy ada jugak amalkan pengambilan supplement yer ... sbnr nye sgt bgus supplement ni , sbb ada certain vitamin yg ada kat sayur tu takleh nk di serap oleh bdn kite ... yang ni korang kene kuar duit jgk ok ? sy tulis panjang2 ni bkn ckp kosong je tau ... atleast korang kene cuba ... dan mesti cuba ! mana la tau kot2 berkesan kat korang .. so far sy puas hati dgn ape yang sy buat selama ni ...  sambil2 tu korang kene jaga jugak luaran tu ... kang duk fokus jaga makan je . yang luar di lupakan ... 

Jangan risau pasal jerawat yang kemerahan dan bengkak2 tu , insyaallah dia surut sendiri dan hilang mcm tu je ... untuk yang ada bekas2 tu , boleh cuba pakai skincare utk tolong dia hilang kan bekas ... kalau nak bagus , pakai yang non-alkohol tau ? bagus utk kulit utk jangkamasa panjang ...Ape2 pun kite ikhtiar dulu , kalau rajin insyaallah boleh solve the problem .. Tapi mesti rajin dan cuba utk tak makan ape yang sy list kan td .. mesti cepat nampak result dia ... Paling ketara pas tinggalkan makanan tu , muka akan kurang berminyak ... so kite tak de la rasa sticky or tak selesa sebab muka oily kn ? anyway , korang cuba la dulu ape yang sy cakap ni k ? Goodluck ^_^