Monday, December 24, 2012

Rombongan ke Teluk Batik

Setiap tahun saya akan bercuti ke serata tempat , namun baru beberapa tahun saya mengikuti group abang saya dimana group ini terdiri daripada kawan-kawan abang saya dari zaman persekolahan dia lagi . Jadi , setiap tahun mereka menghabiskan masa bercuti beramai-ramai . Lokasi pilihan untuk tahun ni adalah Teluk Batik yang bertempat di Negeri Perak .

Seramai 44orang yang mengikuti rombongan ni . Dan semua terdiri dari kawan-kawan dan saudara mara kami juga . Pantai teluk batik ni lebih kurang macam Teluk kemang Port Dickson . Persekitaran nye sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga .

Kami menginap di Crytal Bay Chalet dan saya kurang pasti rate dia satu malam berapa , kemungkinan kami dapat harga yang special disebabkan oleh bilangan kami yang ramai ni .












 
Tapi saya yakin price range penginapan kat Teluk Batik ni tidak la semahal tempat peranginan seperti langkawi atau redang . Insyaallah semua nya effordable . Kalau di ikutkan , saya memang suka stay kat chalet atau resort . Sangat berkonsepkan kampung-kampung , apatah lagi yang menghadap pantai / dekat dengan pantai . Terasaaaaaaaaaaaaaa sangat seperti betul-betul tengah bercuti . Bagi saya selesa dan bersih sudah cukup .

Selama 3hari 2 malam aktiviti riadah kami di sini dan pelbagai aktiviti menarik telah kami lakukan . Salah satu nya aktiviti bermain bola tampar , tarik tali , bermain bola dalam air (air laut ) dan macam-macam lagi . Bukan itu sahaja tetapi pada belah malam nya , kamii juga mengadakan barbecue .








Tempat ni best sebab tak ada rules yang ketat . Agak bebas untuk bergerak ke sana ke sini . Dan yang paling penting tempat ni meriah tak kire siang atau malam . Jadi kepada sesiapa yang nak berjalan-jalan ke sekitar kawasan atau pun berjalan di pesisir pantai pada waktu malam pun tak jadi masalah . Sebab pengunjung-pengunjung kat sini semua akan ambil angin di sekitar pantai .





Hari kedua di sini , kami habiskan masa dengan berjalan-jalan ke sekitar teluk batik . Kami juga singgah di tempat / gerai yang menjual barang-barang saguhati / sovenir .






Kalau dah datang bercuti tak sah lah kan kalau kita tak beli ole-ole untuk di bawa pulang . Simpan sebagai kenang-kenangan . betul tak ? hehe . Yang best nye , gerai-gerai tu cuma bersebelah je dengan chalet kami . So kami nak berjam-jam cari barang pun takde masalah . Sebab dekat sangat dengan chalet , takde lah ada yang sesat jalan nanti kan ? heheee







Pada malam terakhir kami di sini , lepas je dinner kami semua ke pantai . Bentang tikar . Ada yang baring , ada yang duduk . Masing-masing sedang ambil feel masing-masing time ni . Pastu kami ramai-ramai menyanyi kat tepi pantai tu diiringi dengan bunyi gitar . Ada some of fren yang bawak gitar time ni . So feel dia lebih sikit lah . huhu .








Hari ketiga pulak , sebelum kami berangkat pulang ke KL . Kami semua pergi berjalan ke Dataran Teluk Batik ni . Untuk ape ? untuk ape lagi kan ? bergambar lah . hahaha Ni salah satu aktiviti wajib kan ? hihii Saya kurang pasti ape simbolik dataran ni tapi kawasan dia agak lapang . Tempat ni mengingatkan saya pada Melaka . Ada sejarah nye tersendiri . Kalau korang nak tahu , sila google yer . heehee






Wednesday, December 19, 2012

Resepi : Durian Crepe

Siapa yang dah makan Durian Crepe ? Sedap tak ? Sedap kan ? Hmmm sesiapa yang gila dengan durian , mesti gila akan durian crepe ni . Durian crepe ni memang tengah top sekarang , ramai orang start jual durian crepe ni . Sejak durian crepe menjadi sangat popular , kini durian crepe telah dipelbagai kan isi nye oleh si pembuat durian crepe . Kini durian crepe bukan sahaja boleh didapati dengan isi durian sahaja tetapi boleh diisi dengan mangga , chocolate dan lain-lain . Harga standart jualan durian crepe ni cuma Rm10 untuk 5pcs tapi ada juga yang menjual Rm10 untuk 6pcs . Terdapat pelbagai warna untuk kulit durian crepe , normal warna tentu lah kuning .. Namun ada sesetengah tempat yang menjual dengan beberapa warna , seperti yang saya pernah lihat warna-warna yang mereka gunakan ialah warna merah jambu , hijau , ungu and mungkin boleh kita boleh pakai semua pewarna yang ada . Kalau anda nak tahu , orang dapur ini sangat kreatif . Tiada yang mustahil bagi mereka .  Jum kita lihat , macam mana gambaran Durian Crepe yang tengah Glamour tu .





Now nak kongsikan cara-cara buat durian crepe ni . Tak susah pun , sangat senang dan berbaloi lah buat sendiri dari beli . Resepi dibawah ni step by step , so tidak akan merunsingkan kepala kita ye .


BAHAN-BAHAN
250g  Tepung Gandum
500ml Santan
3 biji telur
1/2 sudu teh Garam 
sedikit pewarna ( kuning , pink , hijau dan lain-lain)



CARA-CARA
# Campurkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai.

# Kacau Rata dan Tapis

# lepas tu bakar adunan lapisan durian crepe ni.. ambil satu senduk kecil & leperkan ke atas nonstick pan



ISI DURIAN CREPE
# 1cawan Non Dairy whipping cream, pukul hingga pejal

# isi durian



CARA MEMBUNGKUS DURIAN CREPE
# ambil sesudu cream pastu lapis durian & lapis lagi sekali cream & balut 

# Bahagian yang ada hangit-hangit tu letak inti tau nanti bila dah balut bahagian luar nampak cantik & berseri-seri

Resepi ini telah saya ubah . Pada sesiapa yang pernah baca blog saya tentang durian crepe sebelum ini awak boleh cuba resepi yang ini . Mudah , ringkas dan menjadi . Sebab saya dah cuba juga untuk resepi yang lain , agak susah untuk buat sebab melekat-lekat dek kerana gula yang ada dalam adunan . Resepi kali ini , tanpa gula yer .



Selamat Mencuba :)