Wednesday, December 19, 2012

Resepi : Durian Crepe

Siapa yang dah makan Durian Crepe ? Sedap tak ? Sedap kan ? Hmmm sesiapa yang gila dengan durian , mesti gila akan durian crepe ni . Durian crepe ni memang tengah top sekarang , ramai orang start jual durian crepe ni . Sejak durian crepe menjadi sangat popular , kini durian crepe telah dipelbagai kan isi nye oleh si pembuat durian crepe . Kini durian crepe bukan sahaja boleh didapati dengan isi durian sahaja tetapi boleh diisi dengan mangga , chocolate dan lain-lain . Harga standart jualan durian crepe ni cuma Rm10 untuk 5pcs tapi ada juga yang menjual Rm10 untuk 6pcs . Terdapat pelbagai warna untuk kulit durian crepe , normal warna tentu lah kuning .. Namun ada sesetengah tempat yang menjual dengan beberapa warna , seperti yang saya pernah lihat warna-warna yang mereka gunakan ialah warna merah jambu , hijau , ungu and mungkin boleh kita boleh pakai semua pewarna yang ada . Kalau anda nak tahu , orang dapur ini sangat kreatif . Tiada yang mustahil bagi mereka .  Jum kita lihat , macam mana gambaran Durian Crepe yang tengah Glamour tu .





Now nak kongsikan cara-cara buat durian crepe ni . Tak susah pun , sangat senang dan berbaloi lah buat sendiri dari beli . Resepi dibawah ni step by step , so tidak akan merunsingkan kepala kita ye .


BAHAN-BAHAN
250g  Tepung Gandum
500ml Santan
3 biji telur
1/2 sudu teh Garam 
sedikit pewarna ( kuning , pink , hijau dan lain-lain)



CARA-CARA
# Campurkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai.

# Kacau Rata dan Tapis

# lepas tu bakar adunan lapisan durian crepe ni.. ambil satu senduk kecil & leperkan ke atas nonstick pan



ISI DURIAN CREPE
# 1cawan Non Dairy whipping cream, pukul hingga pejal

# isi durian



CARA MEMBUNGKUS DURIAN CREPE
# ambil sesudu cream pastu lapis durian & lapis lagi sekali cream & balut 

# Bahagian yang ada hangit-hangit tu letak inti tau nanti bila dah balut bahagian luar nampak cantik & berseri-seri

Resepi ini telah saya ubah . Pada sesiapa yang pernah baca blog saya tentang durian crepe sebelum ini awak boleh cuba resepi yang ini . Mudah , ringkas dan menjadi . Sebab saya dah cuba juga untuk resepi yang lain , agak susah untuk buat sebab melekat-lekat dek kerana gula yang ada dalam adunan . Resepi kali ini , tanpa gula yer .



Selamat Mencuba :)

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    Menyediakan Deposit Via Pulsa TELKOMSEL / XL
    Dompet Digital Via OVO, DANA, LINK AJA DAN GOPAY
    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    WA : +855 88 868 8229
    Online 24Jam Bosku
    www.dewa-lotto.site
    www.dewa-lotto.club

    ReplyDelete