Tuesday, May 4, 2010

Kasih Seorang Isteri

Kasih Seorang Isteri 


Seorang isteri menangis menangis ingin memandikan jenazah suami dia .. bapak mertua dgn polis forensik x bagi .. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri .. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang , Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang , abang akan mandikan jenazah kamu ..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal kemudian ustaz tersebut membenarkan isteri ingin mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..”

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Semoga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak anak,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata “dgn kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata mata untuk mencari sesuap nasi , terima kasih abang …semoga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akn pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya .. Begitulah Kasih Seorang Isteri Buat Suami Tercinta



 # Ya allah . sayu nya hati selepas membaca kisah ni . meruntum jiwa ini melihat kasih sayang dan cinta suami isteri . Hati berdoa agar diri ini diberi peluang untuk merasa kasih sayang dari seorang suami yang bukan sekadar suami tetapi ketua keluarga , teman sehidup semati dan pendampingku . Ya allah , sesungguhnya hanya kau yang tahu apa yang terbaik buat hamba Mu . Bukan harta benda yang ku ingin kan , cukup lah sekadar kasih sayamg dan keluarga yang bahagia . Semoga aku dikurniakan seorang suami yang mampu membimbingku ke Jannah Mu Ya Allah . 

Saturday, May 1, 2010

My Dream Destination ~





PARIS , the city of love .


A place that has been on my dream vacation list to go to ......... is PARIS !!!

Memang tak dapat dinafikan lagi , Paris merupakan tempat tumpuan pelancong yang ramai dari semua pelusuk dunia . Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya yang sangat-sangat teruja untuk bercuti di Kota Paris ni . As expensive as it will be the place i will definetely go someday . I will make it true ~ Insha Allah