Wednesday, November 18, 2009

Tips menabung / berjimat yang efektif

Hye semua , hari ni sy nak kongsi cara-cara ataupun tips menabung yang efektif ... bukan ape , rasa nya macam ramai orang yang susah sangat nak menabung / berjimat ... kenapa ? haaa salah satu sebab nye terlalu ikutkan sangat hati .. itu ini semua nak beli ... tak sampai cukup bulan nanti , semua mengadu tak de duit la . itu la ini la .. then mula la breakfast , lunch , dinner makan roti kosong je . isk isk isk ... salah tu cara korang ... sebenar nya tak susah pun nak menabung ni .. cuma kite kene pandai control nafsu kite . atau pun , pas baca blog ni .. cuba kita amik satu kertas dan pen . kita tulis PRIORITY / KEUTAMAAN yang perlu kite bayar pada setiap bulan . Contoh nye macam bill-bill , susu anak , rumah , kereta , barang dapur dan expenses kite untuk satu bulan ... Then tulis list kedua untuk SAVING .. saving di sini sy maksud kan yang MAMPU dan TETAP ye ... contoh nye if yang da berkeluarga boleh la simpan sorang RM100 . saving ni mesti konsisten ye . Jangan kejap-kejap rm100 , kejap-kejap rm50 ... Pastu kalau still ada baki duit gaji tu , terpulang pada korang untuk buat ape . tapi seelok-elok nye , simpan je duit tu untuk emergency .

Sy sangat galakkan pada kawan-kawan untuk shopping mengikut keperluan sahaja . kalau boleh jarang-jarang kan la shopping tu .. Insyaallah banyak membantu ... Lagi satu cara nak menabung dengan senang ... baki syiling yang kite dapat tu , kita jangan pakai ... kalau nak beli barang lain , pakai je duit lain ... nilai duit sepuluh sen tu sangat-sangat berguna ye u all .. cara ni sy paling suke , dan saya da amalkan . Sy da penah simpan dalam tabung tu RM700 . alhamdulillah , bersyukur sangat walaupun amik masa yang lama . Mampu la jugak cecah RM700 .. mesti u all cakap , banyak jugak tu 700 ? hahaha mana tak nye , sehabis baik korek duit syiling ... kadang-kadang handbag tu kemain lagi berat nye .. macam bawak batu .. tu semua penangan duit syiling la tuh ! hahahaa ... Duit simpanan syiling ni , u all boleh la letak dalam buku akaun .. make sure yang ni takde kuar masuk , kuar masuk duit ok ? Buat la buku akaun baru , tak pun masuk kan dalam ASB ke ? ok jugak kan ? dividen pun tinggi kat situ ... Kalau u all buat dengan konsisten dan bersungguh-sungguh , suatu hari nanti mesti korang terkejut sebab boleh ada ONE big amount kat situ . Mana tau kot-kot boleh bawak gi UMRAH ke , Holiday ke , Beli aset ke ... Bila da ada duit ni , macam-macm boleh buat . So kite tak rugi apa-apa pun kalau menyimpan , malahan kita yang sangat beruntung ... Ok la , ape pun saya nak ucap kan selamat berjaya la pada korang yang ada niat yang sama macam saya ni ... Sama-sama la kite menabung ye ... Peace yoo ! :p

Sunday, July 26, 2009

wanita solehah



jadi lah seorang wanita dalam bekas kaca , yang sukar di

sentuh...hanya org yg mampu saje boleh memiliki nye . ;)

Sunday, April 12, 2009

Jangan Lah Bersedih

Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya. Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri.


Tapi ingatlah sayang, Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286)


Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, sekalah airmatamu itu. Tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Berhentilah dari berkeluh-kesah kerana keluh-kesah itu datangnya dari bisikan syaitan durjana. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.


Ingin aku layangkan setitip pesanan buat diri mu dan juga diri ku ini. Kita hanya menumpang hidup di dunia Allah yang fana ini. Dunia ini umpama kita berjalan di dalam hutan yang penuh dengan duri-duri yang tajam serta binatang buas yang sering kali kita tidak sedari. Kadang kala kita alpa dengan keindahan dan ketenangannya. Lupa pada bahaya yang setia menanti di hadapan sana. Jika kita tidak berhati-hati, kita akan terluka di cucuk duri-duri tajam yang berbisa itu. Kau akan merintih dan mengaduh kesakitan.Menangis dan mengharapkan pertolongan.


kita harus berhati-hati kerana terdapat banyak binatang buas di dalam hutan yang sedang kau lalui itu. Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang mangsanya. Andai kata kau tersilap langkah, kau akan diterkam dan dibaham oleh binatang-binatang itu. Begitulah jugalah kehidupan kita. Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau berduri, kita sering berhadapan dengan masalah yang sering meyesakkan jiwa dan minda kita.


Kadang kala masalah itu sendiri meragut ketenangan hati sesorang insan. Fikiran melayang entah ke mana dan jiwa itu tidak pernah tenteram. Mulalah fikiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran.Hati tidak keruan memikirkan masalah. Insan yang lemah itu mula melupakan pada Penciptanya yang Maha Esa. Lupa segalanya.


Janganlah kau menjadi seperti itu. Jangan kau lupakan siapa yang mencipta dirimu dan apa tawajuh kehidupan kau sebenarnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Kau pujuklah hatimu dengan janji Ar-Rahman. Sesungguhnya kau akan berasa lebih tenang. La Tahzan, wahai sayang!
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran:139)



Aku mengerti apa yang kau rasakan di dalam hatimu itu. Jiwa kau terhimpit dengan penyesalan. Kau berasa gusar di atas kealpaan kau suatu ketika dahulu. Dirimu dipalit dengan dosa-dosa hitam. Aku sering mendengar kau merintih pada Allah s.w.t. tatkala kau berteleku di tikar sembahyangmu. Menangislah kerana Allah s.w.t. Jika kau mengalirkan airmata keinsafan, itu amat bermakna buatmu. Cara itu mampu mendekatkan kau dengan-Nya. Mintalah pada-Nya keampunan dan kemaafan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Ambillah iktibar dari firman Allah s.w.t ini;
"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula."(Riwayat Al-Tarmizi no: 3534 dan Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)


Jadikan kisah silammu itu sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Sematkanlah di dalam hati supaya kau tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguh pada tali agamamu. Ingatlah pada ajaran Islam. Rasul bermadah bahawa "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." 


Kau amat beruntung dilahirkan dalam Ad-Din yang sempurna ini. Teruskanlah dengan membasahi bibirmu yang mungil itu dengan zikrullah dan kalamullah serta bermunajatlah pada Allah. Percaya dan yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan mengurniakan maghfirah buat dirimu, sayangku. Kita adalah hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Kesilapan akan menguatkan diri kita.


Akhir kali ingin aku katakan, berusahalah sedaya yang kau mampu dan letakkanlah penggantunganmu kepada Allah.


copy and paste iloveislam.com

Tuesday, February 10, 2009

Misi Mencari Jodoh

Cinta ibarat kupu-kupu..Makin kau kejar,makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Cinta bukannya mencari seseorang yg sempurna,tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna…

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.♥

Wednesday, January 21, 2009

Kenapa Allah beri Dugaan Hidup ?

Kadang-kadang hati bertanya,
kenapa Allah beri dugaan pada kita
kenapa kita yang memang banyak kekurangan ini
diberi lagi dengan dugaan
yang melemahkan lagi kekurangan yang ada

sedangkan
ramai yang diberi kelebihan
tidak merasa kekurangan hatta sedikit pun

hati kadang-kadang menangis
merintih
dan seketika hati terasa penat
menanggung segala yang menimpa

tapi,jika difikirkan kembali
dugaan ini yang membuat hati kita tersentuh
dan sentuhan itu membuat kita menangis
dan tangisan itu membuatkan kita untuk berfikir
dan fikiran itu membuatkan kita kembali
kembali semula kepada dugaan yang dihadapi
dan seterusnya
kembali semula kepada Dia yang memberi

dugaan itu mengingatkan kita pada pencipta
menjadikan kita
lebih bersedia
pada kenikmatan masa hadapan