Thursday, July 17, 2014

Resepi Paprik Sotong

Bahan-bahan

3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dihiris kasar
2 btg serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis






 Cara menyediakan

1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram , sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.

3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Tuesday, March 18, 2014

Disneyland I Hong Kong

Waaa dah masukk hari ketiga dah .. cepat je masa berlalu ... Kalau pegi holiday , memang cepat je kan ? Esok nye dah balik KL tsk tsk .. Ok lah , takmo intro panjang-panjang . Just straight to the point .. Korang pun mesti malas kan nak baca panjang panjang ? hahahaha

Hari ketiga ni , kami decide nak pergi Disneyland .. So satu hari kami spent kat dalam disneyland ni .. Yelah , disneyland ni macam Uss tapi more to Cartoon cartoon .. Sesuwaiii tuk kanak kanak lah kire nye .. Tapi dah kenapa yang dah tua bangka ni nak masuk Disneyland ? hahaha Bak kata orang , tak complete lah pegi Hk tak masuk Disneyland kan ?

Bila sampai disneyland ni jangan lupa amik broucher dia k..? Senang nanti korang nak buat panduan kat dalam disneyland ni . Kot lah tersesat ke , ape ke ... Insyaallah broucher tu membantu ..

Untuk tiket Disneyland ni , saya dah beli awal-awal masa kat malaysia lagi .. Sama jugak dengan ticket yang lain-lain , macam wax museum tu . Semua dah beli kat malaysia . Tinggal nak bawak duit shopping je .. Hehehe

Klik kat SINI untuk pembelian ticket .. Nanti company tu akan post kat korang ticket tu .. Makan masa 2minggu jugak lah nak dapat ticket nih .. Korang jangan beli last minute plak , nanti tak dapat ticket sape yang susah ? Rasa nye korang boleh collect kat office dorang gak , kalau rajin nak pi lah kan ? Tapi jangan risau , sekiranya terdapat pembatalan apa-apa (contoh macam kes kiteorang , tiba-tiba tram under maintenance.. so dorang akan refund duit korang balik tapi macam biasa lah , makan masa yang lama gak ) Ape-ape hal nanti dorang info je korang k?


Jum kita terjah Subway route to Disneyland





Nampak tak ? Hehehe Berselirat macam urat kan ? hahaha Pening ke ?
Ok macam ni , contoh korang dari station Tsim Tsa Tsui (Line kaler merah tu) , naik tu sampai ke station MEI FOO (line kuning) , Then naik line kuning tu sampai ke SUNNY BAY (line Pink) directly ke Disneyland Resort .. Dah sampai !! Yeayyy Hahahaha
Paham ke ? Dari sunny bay ke disneyland dalam 15-20minute kot .. Rasa nye lah ...




Ni guide map disneyland , so korang boleh pilih nak pegi mana dulu ... Tak kisah lah mana mana , nanti akan tembus jugak semua , jangan risau k? Sebelum ni saya masuk kat kawasan yang ada restoran halal .. sebab lapo nak makan nasi .. Dah bape hari tak makan nasi weyhh ... Uwaaa ~~






Tak nak banyak cakap , jum layan gambar plak ...






                                                     
                                                      Tempat makan HALAL






















Sunday, March 16, 2014

Spring Holiday | First Day In Hong Kong

Ollaaaa


Bertemu kembali di siri kedua percutian musim bunga saya yang sangat adventure dan penat tak terkata ni . Untuk pengetahuan korang , Waktu di Hk adalah sama dengan waktu di Malaysia cuma yang berbeza siang dan malam di Hk lebih awal dari malaysia . Percutian di Hk ini boleh diklasifikasikan sebagai percutian yang sangat memenatkan bagi saya . Nak tahu kenapa saya cakap macam ni ?


Jeng jeng jeng >>>>>>










Inilah punca penat dan sakit yang tak terkata apabila kaki melecet pada hari pertama saya sampai di Hk . Apetah lagi dengan terpaksa mengheret luggage seberat 11kg kehulu kehilir , naik turun MTR dan mendaki tangga yang tinggi amat di Tsim Tsa Tsui Exit ape ntah *dah lupe








Nampak je tangga nih terus melopong mulut terdiam kaku *TETTTT
Baru daki half je , rasa nak tendang je luggage tu ke bawah . Ya ampunn dugaan sangat okeyh?
Dengan kaki melecet , penat yang tak terkata . Memang rasa nak pengsan kat situ gak ! Grr


Sesampai je kat atas tu , fuhh lega sangat bile tengok hotel sebelah MTR je . Wahh best-best . *Melompat terkinje-kinje hahaha
Tanpa melengahkan masa , terus menuju ke Lift dan kena beratuq sampai 4-5kali lift turun baru boleh naik . Mana tak nye , lift  comel yang amat . Dalam lift boleh naik 3-4orang ja termasuk luggage . Kalau banyak luggage , mau 2 orang ja boleh naik . Haiyaa Parahhh~







After check in , terus humban luggage dan segala bag yang dibawa andddd bariinnggggggg !
Oh my god ! Syok gile dapat baring nih . Memang heaven sangat setelah berhempas pulas menempuh dugaan dan cabaran sewaktu perjalanan nih . *Perghh ayat aku cam ape je kan ? hahaha


Ni bilik kiteorang >>>>




Korang rasa okay tak ? Sekangkang kera je haha
Yang penting tandas cantik dan bersih . Ada water heater , aircond dan kipas . Okay dah ngam sangat dengan keadaan diri saya yang tak tahan sejuk . Tido kipas menghala kat kawan je . Saya tidur lena dengan tak berkipas and aircond dan berselimut tebal . Ko mampu ? Hehe






Bersambung ~~

Spring Holiday | Hong Kong

Salam .


Korang ingat tak sebelum nih saya pernah post yang saya akan fly to HK pada bulan march 2014 ? Ingat tak ? hehe
Ok maybe korang tak ingat pun kan? hahaha Time tu tahun 2013 , which is masih ada 11bulan lagi untuk fly to HK .. But guess what ? It's been 2months i just came back from HK . How time flies , i'm back to malaysia now :)
Sengsara okay duk tunggu selama almost setahun . Oh my god ! Ni semua sebab nak dapatkan ticket yang murah giler tu , tak pasal-pasal kena tunggu sampai macam ni hihihi


Tapi ape pun , alhamdulillah . Selamat pergi dan kembali ke tanah air . Even seminggu sebelum berlepas ke HK , tragedi yang menimpa MH370 baru sahaja berlaku . Allah saja yang tahu apa perasaan saya sebelum berlepas ke HK . Sepanjang perjalanan tak boleh nak tidur sebab teringat-ingat pasal MH370 . Walaupun baru 2jam berada diudara sewaktu perjalanan pulang ke tanah air , pesawat bergegar kuat akibat turbulence . Time tu kami diarahkan untuk stay ditempat masing-masing dan pasangkan seatbelt . Hanya mampu berdoa agar semua nya selamat sehingga lah kami landing di LCCT Airport . Ape pun , sehingga ke hari ini saya masih berasa sedih akan kehilangan MH370 . Usaha , doa dan tawakal lah kita kepada Yang Maha Esa . Semoga MH370 ditemui dengan harapan kesemua penumpang selamat walapun peluang sangat-sangat tipis . Allahuakbar ! Allah maha mendengar lagi maha mengasihani . Maaf ye , teremosi sikit huhu


Now back to our topic . Percutian ke HK kali ini agak singkat memandangkan kami tak dapat untuk cuti terlalu lama . Jadi kami decide untuk bercuti selama 4hari 3malam . Oh ye , Kami bukan berada di Hk sahaja , tetapi kami juga singgah ke Macau . Namun kami tidak memilih untuk tinggal dimacau memandangkan waktu agak singkat , jadi kami terpaksa rushed balik ke HK .


Pendapat saya bercuti ke Hk dan Macau ni , atleast kite perlukan 5-6Hari .. Terpulang pada tempat yang kita nak pegi lah . Kebiasaannya , bila kita travel ni kita akan habiskan sehari suntuk diluar . Yelah kan , bila lagi kita nak terbang ke HK . Ini lah masa nya untuk kita gunakan masa kita sehabis baik . Termasuk lah saya yang dah guna dan kerah tenaga saya dari pagi sampai lah ke tengah malam . Amatlah memenatkan . Tapi semangat yang jitu , ku gagahi jua . haha!




Macam-macam masam manis pahit dan tawar ketika berada di HK dan Macau nih . Meh kita selongkar , ape yang manis ape yang pahit masam dan tawar tu :)




Hari pertama di HK . Touchdown pukul 730pm , 35minit lebih awal . Amboii laju nau pilot bawak hihi Sesampai je kat Hk tu , rasa sejuk je . Nasib baik bawak shawl dan pakai varcity jacket . Memandangkan saya memang tak tahan sejuk , jadi saya memang sentiasa pakai baju tebal-tebal dan lengan panjang . Season bulan march adalah musim bunga ye kawan-kawan . Tak lah sesejuk mana tapi biasa nya pagi dan malam berangin dan sejuk jugak lah . Depends pada ketahanan badan masing-masing . Tapi tak perlu lah winter coat dan kasut boot bagai eh . Kang lain macam orang tengok hahaha


Dekat aiport Hk kalau nak claim luggage kena naik train . Korang baca je direction dia untuk claim luggage , insyallah tak sesat . Untuk makluman , signage Hk mostly ada bahasa inggeris . So sangat lah senang untuk kita cari jalan . Tapi andai kata tak pasti , just tanya je kat information counter . Bila dah claim luggage tu , boleh pergi kat information counter untuk beli Octopus card a.k.a Touch and go macam kat malaysia nih . Korang isi banyak pun takpe , money is refundable . Selepas settle pembelian , kami pun bergegas naik train untuk ke Hotel kami yang terletak di Tsim Tsa Tsui . Ada beberapa pilihan untuk ke Tsim Tsa Tsui . Korang boleh pilih untuk naik bas A21 akan terus berhenti dekat Tsim Tsa Tsui ataupun dengan menggunakan khidmat keretapi . Tapi keretapi lebih mahal dari bas . Di Hk kami banyak menggunakan MTR , sebab itu kami selalu topup octopus card . Kalau korang nak jimat , boleh cuba naik bas . Tapi saya kurang pasti macam mana nak naik bas untuk ke tempat-tempat yang nak dituju . Saya cuma tau bas dari airport ke TST je sebab memang selalu nampak bas tu kat area hotel hehehe




Dari airport hingga lah ke hotel kami , memakan masa yang agak lama . Bukan apa , urusan di airport seperti claim  luggage , membeli octupus card , simcard , air mineral dan lain-lain yang membuatkan kami lewat sampai di hotel . Bukan itu sahaja , MTR mereka sangat lah besar . MTR Hk lebih kurang macam singapore punye . Kalau belum pernah cuba naik MTR , mesti confuse dan sesat . Di Hk terlalu banyak Exit . Jadi kami kena belajar sendiri untuk cari exit yang dekat dan senang untuk ke hotel . Ini jugak salah satu sebab , kenapa kami lambat sampai hotel . Yang kelakar nya , berjam-jam masih di MTR . Nak patah rasa nye kaki nih berjalan dengan mengheret luggage seberat 11kg tu . Yang tak syok nye , baru sampai Hk kaki dah melecet ... Sakit sangat time nak jalan tu . Dah lah tak bawak selipar . Sangat lah menguji kesabaran . Pemilihan material kasut juga amat penting , memandangkan saya sudah rasa sendiri kesengsaraan akibat kasut nih . Even saya menggunakan kasut jenis Jelly shoes yang konon nya lembut dikaki tetapi apakan daya .... Redhoo jelah !




Hotel kami terletak di Tsim Tsa Tsui , iaitu Delta Hotel ... Tempat ni memang agak tak berapa comfort especially kat bawah building banyak orang-orang nigeria/african dan pakistan macam tu . Hotel kami di tingkat 16 tapi di area atas insyallah selamat . So far saya dapat tengok banyak family yang stay kat sini . Dan tak bising pun kat hotel . Cuma kat bawah tu kalau perempuan berdua je , dinasihatkan jangan kuar merayau-rayau atau melepak kat bawah . Time tu pun saya dan kawan penah jugak kena kacau . Masa tu almost pukul 1 , saya teman kawan saya ke Mcdonalds yang tak jauh dari hotel . Mcdonalds is non-halal ye
Masa on the way nak balik hotel tu , kami duk sibuk berposing-posing kat jalan raya . Kat setiap signboard , konon nye memang jakun sangat lah kan . Lepas tu , tibe-tibe ada mamat negro nih datang cakap-cakap dengan kiteorang . Cuak jugak lah . Dah lah negara orang , malam-malam plak tu . Korang jangan buat macam tu k? malam-malam lepak bilik je . Lepas makan , kami decide nak tidur je sebab hari esok banyak lagi aktiviti . Kami kena recharge balik tenaga yang dah digunakan seharian tu .


Tips ke Hk


1- Beli air mineral dari malaysia . Sebab kat sana mahal pastu limited . Better beli dari malaysia , murah dan jimat . Itu pasal tangan rasa nak tercabut sebab bawak air mineral banyak-banyak


2- Makanan seperti tuna dalam tin , meggi cup , roti , biskut , milo 3in1 , nescafe 3in1 , botol air  untuk bawak nescafe/milo minum kat luar , if not boleh bawak untuk masuk toilet nanti . plastic kecik (yg transparent tu) untuk letak roti tuna sebab bile tgh berjalan tu memang susah untuk cari makanan halal . balik pun lewat , kalau lapa boleh makan sambil rehat-rehat .. Agak susah nak cari makanan halal dan mostly harga pun mahal .


3- Ubat-ubatan seperti panadol , minyak  angin , ubat sakit perut , minyak urut kaki dan sebagainya


4- Universal Plug (beli kat kedai ustaz Uptown kota dsara murah je RM10 , multifunctional)


5- Untuk ke Hk dan Macau tidak perlu VISA .


6- Toilet biasa nya tak ada pili air . Pandailah bawak botol kosong untuk isi air ye . Tapi ape pun toilet depa bersih !


7- Money changer yang murah di Sg wang setelah habis tawaf KL-selangor mencari money changer yang murah .




Tempat menarik untuk dilawati


1- Avenue Of Star
2- Madame Tassaud
3- Disneyland
4- Ocean Park
5- Temple Street
6- Mongkok
7- City Gate
8- The Peak
9- Ladies Market
10- Ngong Ping Village

Entry seterusnya klik SINI

Saturday, February 8, 2014

Braces | Pendakap Gigi

Salam semua .


Ya ampunn lama betul tak update blog ni ye . Sejak dua menjak ni sibuk dengan percutian , kerja , kenduri kawin dan macam-macam lagi lah . So tak ada masa nak berblogging sangat . Harini entah macam mana boleh teringat pasal blog yang dah bersawang nih . Meh kite serikan sikit blog nih harini hehe


Harini saya nak cite pasal braces atau bahasa melayu nya Pendakap Gigi .





Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang telah Officially bergigi besi *Wink_wink
saya nak share lah sikit-sikit pasal braces ni . Rasa nye ramai yang nak tau kos braces ni berapa and sakit atau tak sewaktu pemasangan dan juga ketika pemakaian *Asal cam gampang jek ayat aku ni ? hahaha

First kita cerita pasal kos braces dulu . sebab kos adalah ciri-ciri yang terpenting untuk Bakal pemakai tau . Kot kat situ ada yang terkejut sampai pengsan ke ape kan bila dah tahu harga braces tu . Tapi korang jangan risau ok ? Untuk cantik , Pleasa buat peace buat lek je *Hahaha ayat takleh bla

Mostly sesiapa yang duduk area KL tu harus lah tahu yang kos braces di sini kebanyakkan ... i repeat KEBANYAKKAN RM5000 dan ke atas . Tengok klinik mana yang korang pergi lah kan . Kalau area Damansara Uptown , Damansara Perdana range dalam harga macam tu lah . Tapi itu belum masuk harga moulding , x-tray dan ape lagi ye ? dah lupa lah pulak hihihi Korang standby lah dalam rm200-rm250 *Sile check balik dengan klinik tu ye

Tapi korang jangan risau , kebanyakkan klinik sekarang ada buat installment . So korang bayar deposit dulu pastu tiap bulan appoitment korang kena bayar duit installment tu yer sekali ye . Ada klinik mintak Rm1000 / RM1500 / RM2000 / RM2500 . Terpulang pada doktor tu sendiri .

Untuk pengetahuan korang jugak , braces ni ada macam-macam jenis tau ? Yang saya cerita sekarang ni hanya lah braces yang biasa-biasa tu je . Yang colourfull , yang korang boleh tukar-tukar colour ikut pilihan hati masing-masing . Nak kaler hitam ke , biru ke , hijau ke , suke hati korang lah ! Asalkan korang bahagia hahahahha

Now kite cite plak pasal sakit atau tidak waktu doktor tu pasang braces . Dengar betul-betul ye ... Tidak sakit sama sekali . Pahe dok ? tak sakit ye . Cepat je siap . Dalam 45minit dah bergigi besi . *Wahhh beshh nyee . Boleh tunjuk kat orang gigi aku dah berkaler . macam cantik je , macam comel je ahaks !

Dan part ni korang baca dengan tekun ye . Memang syok lepas doktor pakaikan braces tu . Bile bangun je , tengok cermin kat klinik tu macam tak percaya den dah pakai braces . Heee ~
Tapi dalam kegembiraan tu ada "Azab" dia yang tersendiri ye . Kome jangan nak suke sangat !!!
Sebelum pasang braces ni korang makan la sekenyang-kenyang nye sebab dalam lebih seminggu nanti memang korang tak leh nak mengunyah . SAKIT yang amat !! Saya sendiri rasa tak larat nak melayan sakit nih , dengan asyik lapa sebab mampu makan bubur je *sobsob 

Dalam 10hari rasa takleh nak makan . aduhaii sakit nye hati kite . Hari-hari makan bubur , bosan weyh . Tapi nasib baik lah 10hari je , kalau sebulan ? Ha acane tuh ? Time ni baru ingat *Beauty is Pain* T_T

And akhir nye setelah berhari-hari berpantang , finally boleh makan dengan gembiree !! wehuu ~~
Tapi korang jangan lah makan burger sebesar alam tu macam korang makan macam biasa tu . Silap haribulan , tercabut dengan gigi-gigi kau sekali hahaha

Cara nye , koyak kecik-kecik skit ayam tu . Tapi saya takde nye nak carik kecik-kecik , beso-beso den carik . Pastu gigit cam biasa hahaha Nasib baik besi tu kuat , kalau tak ... kena gi tukar bracket baru .

Lagi satu , 1st pakai braces ni saya dah kena ulser . Beso giler ulser tu . Kuang ajaq tol ! Tapi tak sakit sangat lah sebab braces masa mula-mula pakai pun dah rasa sakit . So ulser tak rasa sangat , time ni saya just minum banyak air je bagi ulser cepat hilang . Kalau besi tu sentuh korang punye ulser , korang letak WAX yang nurse tu dah bagi . Nanti dia ajar macam mana nak pakai . So korang tempek je kat besi tu k ? Saya ni bajet hebat , sampai sekarang tak pakai langsung wax tu *Wahh hebat ! hahaha poyo nyee

Dan bile tibe second appointment , tidak lah sesakit masa mula-mula tu . Just doktor tukar kaler yang korang nak and ketatkan balik je . Itu sekejap je . 15minit dah siap . Pastu boleh makan dengan gembire . Yeayy ~ hehe

Ok tu jela kesah nye . Sekian ! hehe

#Sesiapa orang melaka yang bercadang nak pakai braces tu boleh buat kat Klinik Pergigian Impian . Situ murah sangat berbanding KL . Tempat tu dekat dengan melaka sentral


Alamat     :  
47-A, 1st Floor , Jalan PMS 1                   Plaza Melaka Sentral, Peringgit,
                   75400 Melaka , Malaysia

No.Tel      :  +60 6-282 6653