Sunday, September 22, 2013

Holiday ? Jum belajar simpan wang

Alang-alang ada masa terluang , moh kite teruskan ber-blogging k ?

Bukan ape , saya rasa seronok berblogging ni sebab saya suka share tentang ape yang saya tau . Saya pasti mungkin niat blogger-blogger lain pun sama jugak kan ? tak kisah lah nak share pasal kecantikan ke , masakan ke , percutian ke , ilmu pengetahuan ke atau ape-ape saje la . Yang penting share kan ? Kadang-kadang tanpa kita ketahui semua ni sangat banyak membantu orang lain .

Sebelum ni , saya pernah share tentang cara efektif menyimpan duit . Dalam entry tu saya selitkan serba sedikit cara untuk kita simpan duit dari duit syiling . Mungkin cara orang lain tak sama dengan cara saya sebab saya adalah seorang yang kurang gemar berbelanja dengan menggunakan duit syiling . Oleh itu , setiap kali berbelanja baki wang syiling tu biasanya saya akan simpan dan saya akan menggunakan wang kertas baru untuk membayar barang-barang tersebut .

Dengan cara ini , secara tidak langsung kite telah pun menyimpan duit sedikit demi sedikit . Mungkin hasilnya lambat tapi lebih baik ada dari tak ada langsung . betul tak ? Kali ni pulak saya nak share tentang menyimpan duit untuk holiday atau dengan kata lain TRAVEL FUND . Memandangkan kawan-kawan saya sendiri pun nak tahu macam mana selang sebulan saya boleh travel ke sana ke mari , harini saya akan share kat korang semua . Tapi ini semua bergantung pada kewangan masing-masing ye . Selain tu , kena tahu kat mana tempat yang menjadi pilihan hati korang semua . Kalau Europe , harus lah sangat besar jumlah nya dan bagi penyimpanan yang sedikit mungkin makan tahun lah nak ke europe tu yer . Sekarang ni kita fokus dulu percutian dalam malaysia dan negara-negara asia .

Pertama sekali , ketahui mana tempat yang korang nak pergi dan berapa hari nak stay kat sana . Dari situ korang boleh mintak tolong pakcik Google search kan tempat-tempat menarik yang korang nak pergi tu . Dan korang pun boleh usha hotel-hotel atau guesthouse yang murah untuk percutian budget . List kan semua tempat yang korang nak lawat pastu buat kira-kira . Agak-agak je berapa jumlah tu ok ?

Yang kedua , layari laman web www.airasia.com untuk pernerbangan tambang murah . Nak tahu kenapa pilih Airasia ? sebab Airasia selalu ada promo 0 fares . Promosi selama seminggu tetapi travel period pada tahun depan . Nampak macam lama nye nak tunggu sampai setahun atau berbulan-bulan tetapi dengan cara ini lah korang sebenarnya dapat melancong kemana-mana dengan mudah dan jimat . Rajin-rajin lah check airasia website .

Yang ketiga , start buat kire-kire untuk semua kos percutian . Dari segi hotel / guesthouse , flight tiket , makan , transportation , duit shopping dan lain-lain . Prinsip saya mudah sahaja , setiap percutian tidak perlu mewah semata-mata . Dari segi hotel kita boleh cuba search hotel yang murah dan selamat . Lagipun bila kita tengah holiday , saya yakin 100% kita tidak akan 24hours duduk dalam hotel . Seboleh-boleh nya kita akan berada diluar , sebab itu saya katakan jangan membazir wang anda untuk hotel . Dari situ kita sudah pun jimat banyak .


Ketiga-tiga cara diatas adalah salah satu cara saya untuk mengetahui berapa kos perbelanjaan yang perlu saya sediakan sebelum saya travel . Dan selepas itu saya mula menyimpan sedikit demi sedikit untuk capai apa yang saya inginkan .

Contoh percutian ke langkawi :-

Flight ticket RM 55 return
Hotel RM 150++  x  3nite = Rm450 bahagikan dengan berapa orang yang pergi (cth 3org)
Snorkeling RM80
Island hoping RM30
kereta sewa RM150 bahagikan kepada beberapa orang (cth 3org)
makan (saya anggarkan dalam RM100)
ole-ole (anggaran RM150++)

Total RM615 #

Flight tiket wajib dibayar on the spot masa kita booking tiket . Yang lain-lain boleh dibayar kemudian . Jadi RM615-RM55 = RM560 .

RM560 bahagi 6bulan sebelum kita travel = RM93.33 permonth .

Mudah dan jimat kan ? Kalau ada yang rasa RM93.33 sebulan still tak mampu nak menyimpan , korang boleh booking tiket untuk 8bulan kemudian baru travel . Which mean sebulan RM70 sahaja tapi kena tunggu lama lah baru dapat travel . Lama pun lama lah yang penting dapat pergi , betul tak ? Ini hanya lah anggaran sahaja . Masa saya holiday dilangkawi total semua percutian kurang dari RM500 termasuk flight tiket . Sangat murah dan puas hati . Tetapi ini semua anggaran untuk holiday dalam negeri (malaysia) belum anggaran luar negara . Ape pun korang boleh ikut cara yang sama cuma tambah kan lebih sedikit pada simpanan di setiap bulan .

Cara sebegini sangat bagus sebab dapat mengajar kita menyimpan secara konsisten . Travel fund ini biasanya saya simpan di account lain dimana setiap bulan saya WAJIB menyimpan duit berjumlah sekian-sekian di account tersebut even saya tak pergi holiday pun . Sebab itu saya sentiasa ada wang untuk tavel beberapa kali dalam setahun . Menyimpan wang adalah sangat digalakkan sebab even kita tak pergi holiday tapi wang tersebut boleh dipakai untuk emergency . Tak rugi menyimpan wang malahan kita tergolong dalam kategori orang-orang yang untung . Selamat mencuba semua and Happy Holiday :)

No comments:

Post a Comment