Sunday, September 22, 2013

Jalan-jalan di Johor dan Singapore

Saya pilih Johor dan Singapore untuk percutian kali ini . Untuk pengetahuan semua percutian ke johor dan singapore adalah percutian kali kedua saya . Sebelum ini saya pernah bercuti di MERSING , johor pada 3tahun lepas dan singapore pada awal tahun lepas . Kali ini saya amik flight depart and return kat johor . Flight ke johor biasa nya murah sahaja . 2bulan sebelum fly , saya book tiket melalui Airasia serendah RM58 return . Murah bukan ?

Ini adalah percutian raya kami untuk tahun ini . Eh tak payah kami sangat lah , berdua je pun . Hahaha . Ye memang saya berdua sahaja kali ini iaitu dengan kawan perempuan saya dan kami kenal sejak dari tadika lagi . Lama kan ? Sahabat baik gitu ~ Hehehe

Oleh kerana kami sampai di airport Johor pukul 10.25pagi , kami ambik keputusan untuk isi perut dulu . Mana tak lapar nye , kul 5 pagi dah gerak pegi LCCT . Lapar der !
Tapi korang jangan tanya den ye macam mana nak gi hotel dari airport sebab den pun tak tahu . Time tu bf kepada minah ni yang jemput kiteorang kat airport . Almaklum ler , bf orang johor kata kan . So kalau nak senang , korang pun cari lah bf kat negeri yang korang nak pegi yer hahaha :p

Kami request kat bf si sue ni nak pegi mamam dulu . Then dia pun bawak kiteorang kat area PLAZA ANGSANA . Depan plaza ni ada banyak gerai-gerai makan but unfortunately makanan dia memang tak sedap ! Sakit jiwa den ni jah oiii . Dah la lapar-lapar , boleh pulak tak ikut selera kita . Terpaksa la kami masuk dalam plaza tu dan mencekik mcd yang dah tentu-tentu kita tau kesedapan nye . I'm lovin' it Hehehe .

Kebetulan hari tu hari jumaat , sementara si bf pegi sembahyang jumaat . kami pun berlegar-legar kat dalam plaza angsana tu . U know what ? setahu saya selalu jugak la artis-artis or event buat kat plaza angsana ni tapi for me plaza angsana ni gile bosan . Tak tahu nak buat ape kat dalam ni , tapi tak tahu lah orang lain kan ? but for me , very the boring ~

Kiteorang just lepak-lepak kat luar plaza tu sambil menunggu si bf sue ni datang amik . Sebab nye kami nak pergi check in hotel . Hotel yang kami pilih tentu la TUNE HOTEL DANGA BAY . So far saya boleh bagi 4bintang kat hotel ni .Persekitaran hotel ni pun best sebab ada 7eleven kat bawah , ada kedai makan jugak but tak tahu sedap ke tak sebab tak singgah kat situ pun . Dan yang paling best , ada kedai ticketing nak masuk USS singapore . Ha this is the best part nak cite nanti . Tapi sabar sat na . Habis kan cite pasal hotel ni dulu Hehehe

Kat area sini ada jugak hotel berdekatan iaitu Kozi Hotel tak silap . Boleh klik SINI . Tak jauh pun dengan tune hotel ni . Tapi seperti yang kita ketahui , tune hotel ni semua benda pun seperate pay . Nak tengok Tv pun bayor okay ! Tapi kami tak amik semua tu , we just pay for basic room which is cost rm239 for 4days 3nite . Ok lah kan ? murah jugak ... Kalau nak book boleh layari laman web Tune Hotel  . Saya book melalui call sahaja , korang boleh call tune hotels centre 1300 8888 63 untuk buat booking . Sangat mudah dan pantas tapi call during weekdays sahaje yer harap maklong ~ hehe  Kalau book melalui online , terdapat pelbagai pakej yang tune hotel buat . So pilihan di tangan anda :)


Jum layan gambar jap











Gambar last ni saya panggil peti Haji Bakhil . hahaha Kat sini korang boleh simpan barang-barang berharga korang menggunakan password korang sendiri .



Da sampai hotel kami pun terus mandi dan siap-siap nak kuar tapi takde la pergi mana sangat . We just pergi kat area taman perling iaitu tempat kediaman si bf sue . Lepas maghrib baru kami keluar jalan-jalan area pantai lido . Kat sini lah tempat-tempat ferry nak pergi batam tu dan jugak dari sini boleh tengok jambatan nak menghala ke singapore tu . Terdapat banyak kedai makan dan paling best nye steamboat / cucuk-cucuk di jual di tepi pantai jerp ~ So calm and peaceful + romantic if datang bersantai di sini especially with cinta . Hehee Oh lupa pulak , kat sini lah terdapat nye THE ZON dimana tempat ni lah korang nak perabih duit korang sebab bebas cukaii ! hehehe

Kat johor ni banyak tempat yang korang boleh pergi tapi sayangnya saya tak kemana sangat area johor ni memandangkan saya menghabiskan satu hari saya di singapore . Balik-balik johor saya da letih yang amatss sampai melecet kaki ku huhuhu .. Hari kedua tu , kami tak kemana-mana . Just lepak dalam bilik and had lunch kat SEKINCHAN IKAN BAKAR . Berhadapan dengan tune hotel . If datang beramai-ramai korang boleh makan kat sini k ? Makanan dia pun sedap sampai terngidam-ngidam nasi lemak kat sini hehehe

Malam pulak kami pergi nonton wayang kat City Square Shopping Mall . Tengok adnan sempit 3 gitu Hihihi Sweet sgt shaheizy sam tu yer . Pastu kami terus ke pasar karat berdekatan city square tak silap . Saje jalan cuci-cuci mata . Rasa nye sama je macam uptown/downtown kat KL ni . Then kami teruskan perjalanan menuju dataran bandaraya johor makan steamboat lagi . Hahaha Medan Steamboat luton Van , ni lah nama tempat tu . Kat sini hanya menjual steamboat je yer . Penuh dengan van-van yang jual steamboat .

Untuk pengetahuan korang , other attraction kat johor ni adalah Johor Premium Outlet (JPO) ... Kat sini korang boleh borong barang-barang branded . Mungkin murah sikit dari KL . Tapi bukan semua design ada kat sini . Tapi kalau nak singgah , boleh ja . Tak pun , pergi Legoland tapi tak tahu lah best ke tak . sebab saya tak pergi pun . Korang boleh tengok kat pakej Tune hotel tu yer .


Ok , dan hari ketiga pulak saya ambik keputusan nak masuk singapore memandangkan kawan saya tu asyik nak bercintan cintun je dgn bf dia . So saya pun malas nak jadi nyamuk . Korang pergi je kat bawah tune hotel tu , ada kedai jual tiket masuk USS (Universal Studio Singapore ) tapi jangan lupa bawak passport sekali yer . Harga RM30 sahaja untuk return tiket tapi tidak termasuk harga USS .. Masa cuma ada pukul 7am-7pm . So korang mesti balik pukul 7pm , tak boleh balik awal . Tapi ada ke yang nak balik awal ? silap-silap tak nak balik sebab dah syok main kat dalam Uss tu hahahaha ...

Jum layan gambar pulak



                                                              Ini lah rupe tiket tu




                                                     White form ni wajib di isi







                                                             Yeayy da sampai :)


 

                                                  Tempat ni nama dia Bugis Juntion






                                   Saya suka tengok bangunan ni , berdekatan bugis juntion







                                                        Yang ni dalam bugis street .
                                          Kalau nak beli ole-ole , jangan lupa singgah sini .
                                                         Naik Mrt turun kat bugis :)


                                                       
                                                               Merlion kat area Uss .




Sampai berjumpa lagi singapore . Dah macam rumah kedua , keriangan memang dirasai di Uss . Korang pun jangan lepaskan peluang untuk datang sini k ? Berbaloi-baloi . Harga masuk dalam 70$ .. Ada masa mau datang sini lagi hehehee . Bagi saya tak susah untuk ke singapore , memandangkan saya ada makcik-makcik yang memang singaporian dan kawan yang menetap di singapore . Agak jimat lah jugak , kalau duduk hotel pasti mahal . Dan saya syorkan korang stay je kat hotel area johor tu bagi penjimatan maksimum ahaks :D


Tamat lah sudah ceritera percutian saya ni , sebab esok nye saya dah balik Kl . Flight dalam pukul 1 tengahari . Tapi kat area johor ni susah nak cari baju i love johor . Ada pun dekat airport yang dijual dengan harga rm28 . Agak mahal ye harga ni untuk t-shirt macam tu . Kat langkawi better kualiti pun saya cuma bayar rm25 . Tapi ape pun , beli jela untuk memenuhi collection t-shirt tu kat rumah hehehe Oklah , sehingga kita berjumpa lagi di entry seterusnya ye . Insha Allah :)


Klik SINI untuk tiket murah ke USS

1 comment:

  1. Nice post cik sen! :) kalau nak ke SINGAPURA lagi hubungi saya ya. TIKET & SERVIS untuk Travel Plan to Singapore pada harga promosi. Contoh USS tiket harga 67 dollar sahaja. JESSICA 017-7055381 , jessica.travel8686@gmail.com
    Lawati juga page saya ya: Love Travel di Facebook! https://www.facebook.com/lovetravel86

    ReplyDelete