Thursday, March 28, 2013

Percutian ke Langkawi

Hye semua .

kali ni saya nak cerita tentang Pulau Langkawi lagi . Kenapa eh ? haaaa .... ni nak habaq mai ... Insyaallah saya akan berlepas ke Langkawi lagi dalam bulan june 2013 nanti .
Kali ni saya akan pergi dengan 5 lagi sahabat saya . Kami semua akan bersuke ria di sana pada 18-06-2013 hingga 20-06-2013 iaitu selama 3hari 2 malam sahaja . Dan everything sudah di booked oleh saya dari segi penginapan , aktiviti kami dan juga kereta sewa . Cepat kan ? heheee ni nama nye terlalu excited nak pergi holiday . Lagi pun saya sangat tak suka bende-bende last minit , tak pasal-pasal macam-macam masalah pulak nanti .


Dalam entry ni tak ada gambar-gambar lagi yer , sebab belum pegi . Saya akan update lagi tentang percutian kami selepas balik dari sana nanti . Tujuan saya buat entry ni adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak info-info berkenaan penginapan / kereta sewa / aktiviti-aktiviti kami yang awak-awak semua boleh buat kat sana seperti snorkeling , hoping island , penginapan , dan cable car .
Semua harga adalah sangat berpatutan dan berbaloi-baloi gitu ~ hehee



Bagi penginapan , kami akan menginap di SINI . Tempat dia kelihatan agak safe dan memuaskan , harga pun tak semahal mana dan yang paling penting , include breakfast kau jah ~ hahahaha .
Jadi kami sudah pun sebulat suara untuk menginap di hotel ni . Pada kami mahal ke murah ke , kami tak kisah . Yang penting bersih , selamat dan selesa . Lagi pun kami semua banyak aktiviti di luar dari duduk dalam hotel . So kami berpuas hati dengan hotel ni .



Untuk snorkeling pula , korang boleh contact En.shamsibah ni . Rasa nye price yang dia tawarkan adalah paling murah dari tempat-tempat lain . Iaitu RM90 per person . Snorkeling biasa nye bermula jam 9pagi yer . Jangan bangun lambat ok ? Nanti kene tinggai ~



Dan En.Shamsibah juga menawarkan pakej hoping island  yang korang pun boleh senyum sampai ke telinga . hahaha ! Murah sangat okay ? untuk private boat bagi aktiviti hoping island ni rm200 sahaja untuk satu boat . Maximum 8orang dalam boat . Tapi kalau nak bercampur dengan orang lain pun tidak la semahal mana . Cuma rm30 sahaja . Jadi kami pun plan untuk ambil private boat , memandangkan kami semua pun dah cukup 6orang .


And also yang paling best nye , En.shamsibah pun ada juga perkhidmatan kereta sewa . Hah kau ~! Hebat tak ? Macam-macam ada . Senang betul urusan kalau macam ni kan ? dah la murah , urusan pun senang . berbaloi-baloi percutian kami ni . hehehee


Korang boleh check website En.shamsibah ni http://carlangkawi.blogspot.com/  kalau korang nak tengok price range kereta sewa yang dia tawarkan . Dan korang boleh pilih kereta mana yang bersesuaian dengan budget korang tu ok ? Kalau ada ape-ape , boleh terus hubungi beliau . Sekian Terima Kasih :)

Thursday, March 14, 2013

Kenapa kita tak boleh makan BABI @ KHINZIR ?

Bila menyebut perkataan BABI..ada di antara kita yg berasa marah, geram, geli..kenapa?? Sebab dah tertanam dalam pemikiran kita bahawa babi itu adalah sesuatu yang kotor,jijik dan haram. Tapi pernah kita kaji kenapa dalam islam babi itu diharamkan? Adakah semata-mata kerana ianya kotor? Atau semata-mata kerana ianya jijik? Pasti ada sebab musababnya mengapa babi itu diharamkan. Ingat..ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada sesuatu yang tersembunyi yang kita perlu kaji dan ambil iktibar darinya.

Sebelum cerita pasal babi, saya nak cerita dulu pasal darah. Segala macam darah kecuali hati adalah diharamkan untuk dimakan. Mengikut kajian dari analisis kimia, darah mengandungi kandungan uric acid yang tinggi (asam urat) iaitu suatu senyawa kimia yang sangat merbahaya bagi kesihatan manusia.

Uric acid adalah sesuatu yang dikeluarkan sebagai kotoran. 98% dari uric acid dalam tubuh manusia dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal, dan dibuang keluar dari tubuh kita.

Sekarang, kita kaji dari sudut islam. Dalam Islam juga diajarkan tentang prosedur khusus dalam penyembelihan haiwan. Tahukah anda apa hikmah dan maknanya? Cara penyembelihan haiwan dalam islam adalah dimulakan dengan menyebut nama Allah SWT, penyembelih membuat hirisan dengan memotong urat nadi leher haiwan dan membiarkan urat-urat dan organ-organ lainnya utuh. Dengan cara seperti itu, akan menyebabkan kematian haiwan adalah kerana kehabisan darah dari tubuh, bukan kerana cedera pada organ vitalnya. Sebab jika organ-organ, misalnya jantung,hati, atau otak rosak, apabila haiwan tersebut mati, darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Hal tersebut mengakibatkan daging haiwan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun.
 
 
Kenapa babi haram dalam islam? Apakah pelarangan itu semata-mata kerana babi kotor ? Ternyata tidak hanya itu. Cuba sahabat-sahabat semua teliti betul-betul fizikal seekor babi. Apa yang semua haiwan ada, tapi babi tak ada? Fikir-fikir..hmm,boleh buat teka teki ni. Hihi..kalau sahabat semua sedar, fizikal seekor babi adalah sangat berbeza dengan haiwan.haiwan lain. Seekor babi tidak mempunyai leher! Secara logiknya, haiwan yang tidak mempunyai keher tidak boleh disembelih. Kerana, hanya melalui leher sahajalah, segala darah-darah yang kotor yang berada di dalam tubuh haiwan dapat dikeluarkan. Kalau anda pernah melihat haiwan disembelih, sebaik sahaja urat pada leher haiwan tersebut dipotong, darah akan memancut-mancut dengan laju. Itulah tujuannya iaitu untuk membuang darah kotor di dalam badan haiwan. Kalau ikut logik akal, kalau babi itu boleh dimakan pasti ALLAH akan mencipta babi itu dengan sebatang leher. Subhanallah~
Selain daripada itu, masih banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan babi itu diharamkan dalam islam. Dari sudut sains,babi dikatakan tempat kepada segala macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai punca berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Informasi lanjut yang berkenaan dengan kandungan uric acid dalam darah sangat penting untuk diperhatikan yaitu bahwa sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya. Kesimpulannya, babi memang sangat berbahaya untuk kesihatan manusia!
 
 
 
Setiap makhluk yg dicipta oleh ALLAH ada fgsinya masing2 hatta kuman yg sekecil zarah itu pun ada fgsinya pd kehidupan di muka bumi ini . ok,spt yg kita tahu..khinzir adlh haiwan yg sgt pgotor,dia makan najis dia sndiri bahkan najis mnusia pun dmakan juga..dia mkn sgala apa juga yg kita beri pd dia. Keseimbangan alam wujud di situ..bygkn,kalaulah xde khinzir tu..sape yg nak bersihkn kotoran2 tu,mkn tikus2 yg byk tu??selain tu..khinzir ni juga boleh mberi contoh yg baik pd kita. Kehidupannya pemalas,pengotor,selfish..seolah-,bila anda melihat khinzir,dia bkata..'jgnlah kamu mcontohi aku yg pmalas dan pgotor ini,akibatnya bdnku gemuk dan penuh lemak yg bpenyakit'
hmm..itu cuma kita sbg mnusia hnya mmpu fikir tp sy yakin sbnrnye masih byk lagi rhsia mgapa ALLAH ciptakan khinzir walau dia sbnrnye byk kburukan pd kita. ALLAH lebih mengetahui~

wallahu'alam..

 

Friday, March 1, 2013

Penang Lagi ~

Kali kedua ke penang ni takde apa yang special . just nak cite pasal aktiviti lepaking saya kat sana . 2hari 1malam saje saya di penang . 1st day kat sana just jalan-jalan sekitar penang je . Kami menginap di HOTEL MALAYSIA ... korang boleh check kat website dorang ni yer ...  http://www.hotelmalaysia.com.my/


 Tempat dia agak selesa , dari segi kebersihan bilik dan juga toilet yang agak besar dan bersih . Actually saya agak dissapointed sikit bila datang penang ni , sebab dah masuk dua kali datang sini tapi saya tak berasa puas oleh kerana kami just spend our time kat sekitar penang dan bukan di tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh tourist .


Walaubagaimanapun , kalau ada rezeki dan panjang umur saya tetap akan datang ke penang lagi sebab saya tau banyak tempat-tempat yang menarik kat penang ni untuk diterokai . Dan saya berharap yang saya akan dapat kepuasan yang saya cari kat negeri penang ni . Jangan tak tahu eh , saya belum pernah pegi kat tempat-tempat nih even dah dua kali saya sampai ke penang nih .
so sad :(

  • BUKIT BENDERA
  • BATU FERINGGI
  • RUMAH P.RAMLEE
  • FORT CORNWALLIS
  • WAR MUSEUM
  • GURNEY DRIVE
 Dan Lain-Lain .........


Hmmm tapi ape pun , malam tu kami menjamu selera kat satu restoran ni . Tak sure kat area mana la sebab nye saya kureng tau jalan-jalan kat situ . Tapi tak silap saya tempat tu tak jauh dari Queensbay mall . Nama kedai tu  Nurul Ikan Bakar ... Boleh check kat sini  https://foursquare.com/v/nurul-ikan-bakar/  .... Tempat dia agak besar dan menarik perhatian saya . Makanan pun okay jugak , cuma mungkin service slow skit . tapi jangan marah-marah tau ? tempat ni ramaiiiiiiiiiii sangat orang .. Jadi harap faham yer ... Jangan ikutkan sangat lapar perut tuh . Kalau nak cepat sangat , boleh pegi je restoran yang tak ramai . eh tibe-tibe emosi plak . hehe bukan ape , saya tak suke orang ngamuk-ngamuk tak tentu hala pasal service lembap . Kadang-kadang tu kite kene tengok jugak , ramai ke tidak customer kat restoran time tu . Kalau ramai , banyak kan bersabar ok ? hehe Ni saya sertakan sikit gambar kedai tu ... Jum kite tengok .... :)





 















 Ni la restoran tu . Harga pun okay je , tak la mahal mana . So ini la aktiviti kami pada hari pertama di penang . Lepas makan kami terus balik hotel and borak sekejap dan terus tido ... Almaklum lah perut kenyang , semua pakat mengantok . Hahahaha ....



And the seconda day pulak , its time to go back ... Tapi kali ni kami tak ikut jambatan pulau pinang , sebab nye saya nak rasa macam mana naik ferry untuk seberang laut tu .. Time tu hati ni rasa excited sangat , almaklum ler jarang dapat naik ferry ni .. Memang jakun skit eh ... hihihi 




Gini ler ghupe nye ferry tu . hehee Kalau dari island nak seberang , tak perlu bayar . its freeeee okay ? kalau dari seberang nak ke island kene bayar dalam rm8 kalau tak silap ... Syok naik ferry , berangin jer . Takde la asik lalu darat je kan ? Anyway , suatu hari nanti akan ku tebus segala ketidakpuasan hatiku di sini nanti .  Penang wait for me okay ? hehe