Thursday, March 14, 2013

Kenapa kita tak boleh makan BABI @ KHINZIR ?

Bila menyebut perkataan BABI..ada di antara kita yg berasa marah, geram, geli..kenapa?? Sebab dah tertanam dalam pemikiran kita bahawa babi itu adalah sesuatu yang kotor,jijik dan haram. Tapi pernah kita kaji kenapa dalam islam babi itu diharamkan? Adakah semata-mata kerana ianya kotor? Atau semata-mata kerana ianya jijik? Pasti ada sebab musababnya mengapa babi itu diharamkan. Ingat..ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada sesuatu yang tersembunyi yang kita perlu kaji dan ambil iktibar darinya.

Sebelum cerita pasal babi, saya nak cerita dulu pasal darah. Segala macam darah kecuali hati adalah diharamkan untuk dimakan. Mengikut kajian dari analisis kimia, darah mengandungi kandungan uric acid yang tinggi (asam urat) iaitu suatu senyawa kimia yang sangat merbahaya bagi kesihatan manusia.

Uric acid adalah sesuatu yang dikeluarkan sebagai kotoran. 98% dari uric acid dalam tubuh manusia dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal, dan dibuang keluar dari tubuh kita.

Sekarang, kita kaji dari sudut islam. Dalam Islam juga diajarkan tentang prosedur khusus dalam penyembelihan haiwan. Tahukah anda apa hikmah dan maknanya? Cara penyembelihan haiwan dalam islam adalah dimulakan dengan menyebut nama Allah SWT, penyembelih membuat hirisan dengan memotong urat nadi leher haiwan dan membiarkan urat-urat dan organ-organ lainnya utuh. Dengan cara seperti itu, akan menyebabkan kematian haiwan adalah kerana kehabisan darah dari tubuh, bukan kerana cedera pada organ vitalnya. Sebab jika organ-organ, misalnya jantung,hati, atau otak rosak, apabila haiwan tersebut mati, darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Hal tersebut mengakibatkan daging haiwan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun.
 
 
Kenapa babi haram dalam islam? Apakah pelarangan itu semata-mata kerana babi kotor ? Ternyata tidak hanya itu. Cuba sahabat-sahabat semua teliti betul-betul fizikal seekor babi. Apa yang semua haiwan ada, tapi babi tak ada? Fikir-fikir..hmm,boleh buat teka teki ni. Hihi..kalau sahabat semua sedar, fizikal seekor babi adalah sangat berbeza dengan haiwan.haiwan lain. Seekor babi tidak mempunyai leher! Secara logiknya, haiwan yang tidak mempunyai keher tidak boleh disembelih. Kerana, hanya melalui leher sahajalah, segala darah-darah yang kotor yang berada di dalam tubuh haiwan dapat dikeluarkan. Kalau anda pernah melihat haiwan disembelih, sebaik sahaja urat pada leher haiwan tersebut dipotong, darah akan memancut-mancut dengan laju. Itulah tujuannya iaitu untuk membuang darah kotor di dalam badan haiwan. Kalau ikut logik akal, kalau babi itu boleh dimakan pasti ALLAH akan mencipta babi itu dengan sebatang leher. Subhanallah~
Selain daripada itu, masih banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan babi itu diharamkan dalam islam. Dari sudut sains,babi dikatakan tempat kepada segala macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai punca berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Informasi lanjut yang berkenaan dengan kandungan uric acid dalam darah sangat penting untuk diperhatikan yaitu bahwa sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya. Kesimpulannya, babi memang sangat berbahaya untuk kesihatan manusia!
 
 
 
Setiap makhluk yg dicipta oleh ALLAH ada fgsinya masing2 hatta kuman yg sekecil zarah itu pun ada fgsinya pd kehidupan di muka bumi ini . ok,spt yg kita tahu..khinzir adlh haiwan yg sgt pgotor,dia makan najis dia sndiri bahkan najis mnusia pun dmakan juga..dia mkn sgala apa juga yg kita beri pd dia. Keseimbangan alam wujud di situ..bygkn,kalaulah xde khinzir tu..sape yg nak bersihkn kotoran2 tu,mkn tikus2 yg byk tu??selain tu..khinzir ni juga boleh mberi contoh yg baik pd kita. Kehidupannya pemalas,pengotor,selfish..seolah-,bila anda melihat khinzir,dia bkata..'jgnlah kamu mcontohi aku yg pmalas dan pgotor ini,akibatnya bdnku gemuk dan penuh lemak yg bpenyakit'
hmm..itu cuma kita sbg mnusia hnya mmpu fikir tp sy yakin sbnrnye masih byk lagi rhsia mgapa ALLAH ciptakan khinzir walau dia sbnrnye byk kburukan pd kita. ALLAH lebih mengetahui~

wallahu'alam..

 

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    Menyediakan Deposit Via Pulsa TELKOMSEL / XL
    Dompet Digital Via OVO, DANA, LINK AJA DAN GOPAY
    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    WA : +855 88 868 8229
    Online 24Jam Bosku
    www.dewa-lotto.site
    www.dewa-lotto.club

    ReplyDelete