Thursday, March 28, 2013

Percutian ke Langkawi

Hye semua .

kali ni saya nak cerita tentang Pulau Langkawi lagi . Kenapa eh ? haaaa .... ni nak habaq mai ... Insyaallah saya akan berlepas ke Langkawi lagi dalam bulan june 2013 nanti .
Kali ni saya akan pergi dengan 5 lagi sahabat saya . Kami semua akan bersuke ria di sana pada 18-06-2013 hingga 20-06-2013 iaitu selama 3hari 2 malam sahaja . Dan everything sudah di booked oleh saya dari segi penginapan , aktiviti kami dan juga kereta sewa . Cepat kan ? heheee ni nama nye terlalu excited nak pergi holiday . Lagi pun saya sangat tak suka bende-bende last minit , tak pasal-pasal macam-macam masalah pulak nanti .


Dalam entry ni tak ada gambar-gambar lagi yer , sebab belum pegi . Saya akan update lagi tentang percutian kami selepas balik dari sana nanti . Tujuan saya buat entry ni adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak info-info berkenaan penginapan / kereta sewa / aktiviti-aktiviti kami yang awak-awak semua boleh buat kat sana seperti snorkeling , hoping island , penginapan , dan cable car .
Semua harga adalah sangat berpatutan dan berbaloi-baloi gitu ~ hehee



Bagi penginapan , kami akan menginap di SINI . Tempat dia kelihatan agak safe dan memuaskan , harga pun tak semahal mana dan yang paling penting , include breakfast kau jah ~ hahahaha .
Jadi kami sudah pun sebulat suara untuk menginap di hotel ni . Pada kami mahal ke murah ke , kami tak kisah . Yang penting bersih , selamat dan selesa . Lagi pun kami semua banyak aktiviti di luar dari duduk dalam hotel . So kami berpuas hati dengan hotel ni .



Untuk snorkeling pula , korang boleh contact En.shamsibah ni . Rasa nye price yang dia tawarkan adalah paling murah dari tempat-tempat lain . Iaitu RM90 per person . Snorkeling biasa nye bermula jam 9pagi yer . Jangan bangun lambat ok ? Nanti kene tinggai ~



Dan En.Shamsibah juga menawarkan pakej hoping island  yang korang pun boleh senyum sampai ke telinga . hahaha ! Murah sangat okay ? untuk private boat bagi aktiviti hoping island ni rm200 sahaja untuk satu boat . Maximum 8orang dalam boat . Tapi kalau nak bercampur dengan orang lain pun tidak la semahal mana . Cuma rm30 sahaja . Jadi kami pun plan untuk ambil private boat , memandangkan kami semua pun dah cukup 6orang .


And also yang paling best nye , En.shamsibah pun ada juga perkhidmatan kereta sewa . Hah kau ~! Hebat tak ? Macam-macam ada . Senang betul urusan kalau macam ni kan ? dah la murah , urusan pun senang . berbaloi-baloi percutian kami ni . hehehee


Korang boleh check website En.shamsibah ni http://carlangkawi.blogspot.com/  kalau korang nak tengok price range kereta sewa yang dia tawarkan . Dan korang boleh pilih kereta mana yang bersesuaian dengan budget korang tu ok ? Kalau ada ape-ape , boleh terus hubungi beliau . Sekian Terima Kasih :)

No comments:

Post a Comment