Saturday, March 24, 2012

Jum Buat Passport

Sesiapa yang tak ada masa untuk buat passport pada hari bekerja , boleh lah datang ke Pejabat Imigresen Kelana Jaya ni sebab dorang bukak pada sabtu dan ahad . Saya sendiri buat passport kat sini . Tapi kene datang pagi-pagi yer . Sebab ramai sangat orang . Masa saya pergi dulu , pukul 8 pagi saya dah terpacak kat situ tapi bila saya amik nombor .... ha amik kau ! nombor yang ke-100 sudah . Tapi ape pun , tempat ni dekat dengan mamak . Jadi saya pun breakfast la kat kedai makan tu dulu . hehehe .
Sebelum tu , korang kene isi borang tau ? and jangan lupa bawak gambar ukuran passport . Tapi sesiapa yang tak bawak pun tak pe jugak , kat situ boleh amik gambar on the spot khas untuk buat passport . Procedur  dia senang je cuma waktu tu ramai sangat orang , hampir 4jam saya menunggu untuk passport siap . Ape pun , just be patient okay . Sebagai persediaan , korang bawak la game ke buku ke . Takde la rasa bosan sangat kan ?
Kalau nak ikut direction saya , sesiapa yang stay damansara boleh itu direction saya ni . Nak senang , korang boleh cari KELANA JAYA MEDICAL CENTRE . ikut je lorong tu , kat area situ banyak condominium . So jalan terus je then boleh nampak ada direction Glomac . Turn to your right . Pastu jalan terus je sampai jumpa Pejabat tu . Pejabat ni agak senang untuk di temui sebab pejabat dia paling tepi , dekat dengan jalan raya . Ape pun just follow the signboard okay ?

 

Pejabat Imigresen Kelana Jaya


Pejabat Imigresen Kelana Jaya
(Kelana Jaya Immigration Office)
Blok A, Plaza Glomac
Jalan SS7/19, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7883 0975 / 7885 0149 / 7885 0301
Fax: 03-7885 0243

Office Hours:
Monday - Friday: 7.30 a.m - 1.00 p.m and 2.00 p.m - 5.30 p.m
Saturday - Sunday: 8.00 a.m - 1.00 p.m (Passport Processing Only)

No comments:

Post a Comment