Thursday, February 16, 2012

Makan angin di Colmar Tropicale Bukit Tinggi




Siapa pernah datang sini ? Cantik kan tempat dia . Ala - ala rumah luar negara . Reka bentuk bangunan dia nampak sangat tenang dan berbeza jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan yang ada di kuala lumpur ni .








Nak ke Bukit Tinggi ni kalau dari KL keluar ikut tol Gombak menghala ke Genting Sempah dan masuk ke persimpangan Berjaya Hills.. lebih kurang 45minit-1 jam dari KL.. Tak lah jauh sangat . Nak pergi balik sehari pun tak jadi masalah . 








Saya pernah datang sini sekali sahaja . Kalau
datang ke sini , boleh la kita menikmati satu tempat yang berbeza dimana tempat dia sangat tenang dan bersih . Cuma yang agak 'scary' tu , jalan nak menuju ke tempat ni . Lebih kurang jalan ke genting , yang berbengkang bengkok macam ular tu . Dan di persekitaran jalan dia kebanyakkan hutan-hutan . Jadi amatlah tidak digalakkan kalau datang sini waktu malam . Seeloknya datang siang-siang yer . Selamat sikit perjalanan kita .







Kat Colmar Tropicale ni bukan la macam tempat peranginan lain . Kurang sikit tempat-tempat yang boleh dikunjungi . Tapi kebanyakkan orang yang datang sini akan berkunjung ke Japanese Village . Kat sini kita boleh tengok pemandangan yang serba hijau .









Tempat ni boleh dikatakan ala-ala tradisi japanese  , kire macam mana rumah orang jepun dan juga korang boleh pakai kimono kat situ . Kalau nak pergi kat Japanese Village ni kene mendaki sikit okay . Jangan mengade nak pakai tumit tinggi sebab tempat dia agak penat jugak la nak mendaki . hehe










Sesampai je kat atas tu , korang boleh jalan-jalan di sekitar kawasan tu . Tempat tu ada kawasan kolam air . Tapi kolam tu kecik je . Then korang boleh sewa kimono tu dengan harga rm25 . Pastu korang boleh lah berposing kat situ dengan gaya japanese korang okay ?










Rasa nya kat Japanese Village ni sangat cantik untuk photoshoot . Tapi kalau nak diikutkan memang semua datang nak bergambar je kan ? hihiihihi . Kepada sesiapa yang nak pergi bersiar-siar tapi tak tahu nak pegi mana tu , boleh lah datang ke Bukit tinggi ni . Tak jauh pun . And tempat dia not bad jugak , udara pun nyaman je . Boleh datang bawak family cuti-cuti malaysia kat sini hehee






No comments:

Post a Comment