Sunday, March 16, 2014

Spring Holiday | Hong Kong

Salam .


Korang ingat tak sebelum nih saya pernah post yang saya akan fly to HK pada bulan march 2014 ? Ingat tak ? hehe
Ok maybe korang tak ingat pun kan? hahaha Time tu tahun 2013 , which is masih ada 11bulan lagi untuk fly to HK .. But guess what ? It's been 2months i just came back from HK . How time flies , i'm back to malaysia now :)
Sengsara okay duk tunggu selama almost setahun . Oh my god ! Ni semua sebab nak dapatkan ticket yang murah giler tu , tak pasal-pasal kena tunggu sampai macam ni hihihi


Tapi ape pun , alhamdulillah . Selamat pergi dan kembali ke tanah air . Even seminggu sebelum berlepas ke HK , tragedi yang menimpa MH370 baru sahaja berlaku . Allah saja yang tahu apa perasaan saya sebelum berlepas ke HK . Sepanjang perjalanan tak boleh nak tidur sebab teringat-ingat pasal MH370 . Walaupun baru 2jam berada diudara sewaktu perjalanan pulang ke tanah air , pesawat bergegar kuat akibat turbulence . Time tu kami diarahkan untuk stay ditempat masing-masing dan pasangkan seatbelt . Hanya mampu berdoa agar semua nya selamat sehingga lah kami landing di LCCT Airport . Ape pun , sehingga ke hari ini saya masih berasa sedih akan kehilangan MH370 . Usaha , doa dan tawakal lah kita kepada Yang Maha Esa . Semoga MH370 ditemui dengan harapan kesemua penumpang selamat walapun peluang sangat-sangat tipis . Allahuakbar ! Allah maha mendengar lagi maha mengasihani . Maaf ye , teremosi sikit huhu


Now back to our topic . Percutian ke HK kali ini agak singkat memandangkan kami tak dapat untuk cuti terlalu lama . Jadi kami decide untuk bercuti selama 4hari 3malam . Oh ye , Kami bukan berada di Hk sahaja , tetapi kami juga singgah ke Macau . Namun kami tidak memilih untuk tinggal dimacau memandangkan waktu agak singkat , jadi kami terpaksa rushed balik ke HK .


Pendapat saya bercuti ke Hk dan Macau ni , atleast kite perlukan 5-6Hari .. Terpulang pada tempat yang kita nak pegi lah . Kebiasaannya , bila kita travel ni kita akan habiskan sehari suntuk diluar . Yelah kan , bila lagi kita nak terbang ke HK . Ini lah masa nya untuk kita gunakan masa kita sehabis baik . Termasuk lah saya yang dah guna dan kerah tenaga saya dari pagi sampai lah ke tengah malam . Amatlah memenatkan . Tapi semangat yang jitu , ku gagahi jua . haha!




Macam-macam masam manis pahit dan tawar ketika berada di HK dan Macau nih . Meh kita selongkar , ape yang manis ape yang pahit masam dan tawar tu :)




Hari pertama di HK . Touchdown pukul 730pm , 35minit lebih awal . Amboii laju nau pilot bawak hihi Sesampai je kat Hk tu , rasa sejuk je . Nasib baik bawak shawl dan pakai varcity jacket . Memandangkan saya memang tak tahan sejuk , jadi saya memang sentiasa pakai baju tebal-tebal dan lengan panjang . Season bulan march adalah musim bunga ye kawan-kawan . Tak lah sesejuk mana tapi biasa nya pagi dan malam berangin dan sejuk jugak lah . Depends pada ketahanan badan masing-masing . Tapi tak perlu lah winter coat dan kasut boot bagai eh . Kang lain macam orang tengok hahaha


Dekat aiport Hk kalau nak claim luggage kena naik train . Korang baca je direction dia untuk claim luggage , insyallah tak sesat . Untuk makluman , signage Hk mostly ada bahasa inggeris . So sangat lah senang untuk kita cari jalan . Tapi andai kata tak pasti , just tanya je kat information counter . Bila dah claim luggage tu , boleh pergi kat information counter untuk beli Octopus card a.k.a Touch and go macam kat malaysia nih . Korang isi banyak pun takpe , money is refundable . Selepas settle pembelian , kami pun bergegas naik train untuk ke Hotel kami yang terletak di Tsim Tsa Tsui . Ada beberapa pilihan untuk ke Tsim Tsa Tsui . Korang boleh pilih untuk naik bas A21 akan terus berhenti dekat Tsim Tsa Tsui ataupun dengan menggunakan khidmat keretapi . Tapi keretapi lebih mahal dari bas . Di Hk kami banyak menggunakan MTR , sebab itu kami selalu topup octopus card . Kalau korang nak jimat , boleh cuba naik bas . Tapi saya kurang pasti macam mana nak naik bas untuk ke tempat-tempat yang nak dituju . Saya cuma tau bas dari airport ke TST je sebab memang selalu nampak bas tu kat area hotel hehehe




Dari airport hingga lah ke hotel kami , memakan masa yang agak lama . Bukan apa , urusan di airport seperti claim  luggage , membeli octupus card , simcard , air mineral dan lain-lain yang membuatkan kami lewat sampai di hotel . Bukan itu sahaja , MTR mereka sangat lah besar . MTR Hk lebih kurang macam singapore punye . Kalau belum pernah cuba naik MTR , mesti confuse dan sesat . Di Hk terlalu banyak Exit . Jadi kami kena belajar sendiri untuk cari exit yang dekat dan senang untuk ke hotel . Ini jugak salah satu sebab , kenapa kami lambat sampai hotel . Yang kelakar nya , berjam-jam masih di MTR . Nak patah rasa nye kaki nih berjalan dengan mengheret luggage seberat 11kg tu . Yang tak syok nye , baru sampai Hk kaki dah melecet ... Sakit sangat time nak jalan tu . Dah lah tak bawak selipar . Sangat lah menguji kesabaran . Pemilihan material kasut juga amat penting , memandangkan saya sudah rasa sendiri kesengsaraan akibat kasut nih . Even saya menggunakan kasut jenis Jelly shoes yang konon nya lembut dikaki tetapi apakan daya .... Redhoo jelah !




Hotel kami terletak di Tsim Tsa Tsui , iaitu Delta Hotel ... Tempat ni memang agak tak berapa comfort especially kat bawah building banyak orang-orang nigeria/african dan pakistan macam tu . Hotel kami di tingkat 16 tapi di area atas insyallah selamat . So far saya dapat tengok banyak family yang stay kat sini . Dan tak bising pun kat hotel . Cuma kat bawah tu kalau perempuan berdua je , dinasihatkan jangan kuar merayau-rayau atau melepak kat bawah . Time tu pun saya dan kawan penah jugak kena kacau . Masa tu almost pukul 1 , saya teman kawan saya ke Mcdonalds yang tak jauh dari hotel . Mcdonalds is non-halal ye
Masa on the way nak balik hotel tu , kami duk sibuk berposing-posing kat jalan raya . Kat setiap signboard , konon nye memang jakun sangat lah kan . Lepas tu , tibe-tibe ada mamat negro nih datang cakap-cakap dengan kiteorang . Cuak jugak lah . Dah lah negara orang , malam-malam plak tu . Korang jangan buat macam tu k? malam-malam lepak bilik je . Lepas makan , kami decide nak tidur je sebab hari esok banyak lagi aktiviti . Kami kena recharge balik tenaga yang dah digunakan seharian tu .


Tips ke Hk


1- Beli air mineral dari malaysia . Sebab kat sana mahal pastu limited . Better beli dari malaysia , murah dan jimat . Itu pasal tangan rasa nak tercabut sebab bawak air mineral banyak-banyak


2- Makanan seperti tuna dalam tin , meggi cup , roti , biskut , milo 3in1 , nescafe 3in1 , botol air  untuk bawak nescafe/milo minum kat luar , if not boleh bawak untuk masuk toilet nanti . plastic kecik (yg transparent tu) untuk letak roti tuna sebab bile tgh berjalan tu memang susah untuk cari makanan halal . balik pun lewat , kalau lapa boleh makan sambil rehat-rehat .. Agak susah nak cari makanan halal dan mostly harga pun mahal .


3- Ubat-ubatan seperti panadol , minyak  angin , ubat sakit perut , minyak urut kaki dan sebagainya


4- Universal Plug (beli kat kedai ustaz Uptown kota dsara murah je RM10 , multifunctional)


5- Untuk ke Hk dan Macau tidak perlu VISA .


6- Toilet biasa nya tak ada pili air . Pandailah bawak botol kosong untuk isi air ye . Tapi ape pun toilet depa bersih !


7- Money changer yang murah di Sg wang setelah habis tawaf KL-selangor mencari money changer yang murah .




Tempat menarik untuk dilawati


1- Avenue Of Star
2- Madame Tassaud
3- Disneyland
4- Ocean Park
5- Temple Street
6- Mongkok
7- City Gate
8- The Peak
9- Ladies Market
10- Ngong Ping Village

Entry seterusnya klik SINI

No comments:

Post a Comment