Monday, January 28, 2008

Petua Kecantikan

Mesti ramai yang teruja bila ada post-post tentang petua-petua / tips-tips pasal kecantikan ni kan ? Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan . Semua wanita nak cantik apatah lagi memiliki kulit yang putih , gebu dan cantik ala-ala artis gitu ~



Nak cantik itu senang tetapi untuk mengekalkan tu bukan senang . Kita mesti rajin dan konsisten , baru la hasil nye memuaskan . Namun bukan semua diantara kita yang mampu untuk sentiasa maintain ape yang kita buat kan ? begitu juga dengan saya , kadang-kadang tu datang la season malas nye . Ntah kemana-mana ntah semangat nak cantik tu . hihihii .



Ok lah , tanpa membuang masa . Saya nak kongsi petua untuk menghaluskan dan menggebukan kulit kita . Petua ni saya dapat dari ibu saya sendiri . Biasa nye orang yang pakai petua ni ialah bakal-bakal pengantin . Sebab nanti bila naik pelamin , kulit cantik sangat . Berseri-seri la pokok nya pengantin tuh ~! hehe Tapi yang bukan pengantin pun boleh je cuba cara ni . Tak jadi masalah okay ?



Bahan-bahan yang diperlukan cuma beras dan kunyit hidup . Jangan pakai kunyit Baba's pulak yer . Kang lain macam jadi nye . Hahahaha ... Ok , Mula-mula korang ambil beras dan rendam kan dia . Selepas itu , tumbuk dengan kunyit hidup tu . Tumbuk bagi halus tau ? Then korang apply kat muka tuh sambil gosok dengan sangat lembut . Jangan tonyoh-tonyoh dengan kasar yer . Tak baik untuk kulit , nanti kulit kita luka . Boleh gosok kat muka dan badan jugak . Gosok selama 5-10minit pastu boleh basuh dengan air bersih . Selepas tu , korang boleh tengok perubahan muka korang . Nampak lebih cerah dan bersih . Jadi jangan lupa untuk amalkan selalu untuk dapatkan kulit yang lebih gebu :)



SELAMAT MENCUBA ~

No comments:

Post a Comment